BIASANYA sebelum tidur, kita akan memeriksa sama ada pintu pagar sudah dikunci atau pun tidak bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Namun berapa ramai daripada kita yang turut mengunci pintu bilik ketika hendak tidur? Atau ada yang lebih selesa ia dibiarkan terbuka memandangkan ada ahli keluarga lain di rumah?ARTIKEL BERKAITAN: Perasan tak ruang sejuk beku tiada lampu? Alasannya mungkin bikin anda terkejut Jika anda tidak pernah mengunci pintu bilik, ada beberapa sebab mengapa anda perlu berbuat demikian! 1. Menghalang bunyi bising Ayuh mulakan dengan alasan paling logik. Menutup pintu bilik akan memastikan sebarang bunyi bising daripada luar akan terhalang dan anda dapat tidur dengan nyenyak. Tambahan pula jika anda tidur awal dan masih ada ahli keluarga yang menonton televisyen atau berbual, ia pasti menggangu tidur anda. Kalau menurut Feng Shui pula, tidur dengan pintu tertutup akan mengekalkan tenaga positif. 2. Kebakaran Tahukah anda, dengan menutup pintu ketika tidur akan meningkatkan peluang anda terselamat sekiranya berlaku kebakaran? Bayangkan jika kebakaran bermula dari bahagian dapur dan bilik anda berdekatan dengannya - api pasti akan merebak ke bilik dengan cepat kerana tiada halangan. Jika pintu tertutup, sekurang-kurangnya ia dapat memberi anda masa untuk berfikir untuk menyelamatkan diri tanpa rasa cemas. 3. Halang pencuri Seperti kebakaran, tindakan mengunci pintu bilik ketika tidur boleh memberi masa kepada anda untuk menelefon polis dan meminta bantuan sekiranya rumah dimasuki pencuri. 4. Rasa lebih selamat Dan terakhir, pintu yang berkunci dapat memberi anda perasaan selamat dan sekaligus membuatkan kualiti tidur anda lebih baik.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!