TANPA disedari kita mungkin pernah menolak troli di pasar raya sambil bermain telefon sama ada untuk membalas mesej atau sekadar menyemak Instagram. Bahkan ia sudah menjadi kebiasaan sehingga tak sedar troli penuh dengan barang-barang yang tiada dalam senarai termasuk makanan tidak sihat.ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa anda perlu kunci pintu bilik sebelum tidur... jom ambil tahu Kajian mendapati individu yang kerap menggunakan telefon mereka sambil membeli-belah cenderung melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan tujuan utama mereka - dalam hal ini membeli barangan yang tidak sepatutnya. Jangan guna telefon ketika membeli barang kerana dengan cara itu anda lebih fokus. Perkara ini turut dibincangkan secara mendalam oleh penulis Dr Michael R. Sciandra, seorang profesor di Universiti Connecticut yang mengatakan penggunaan telefon untuk aktiviti berkaitan dengan membeli barang akan membuatkan diri kita membuat keputusan salah dan terpesong. Menyedari perkara itu, kebanyakan pasar raya juga bertindak bijak dengan menyediakan WiFi, agar kita dapat menggunakan telefon dan terleka dengan barang-barang yang ditawarkan. Malah ada yang akan menghantar mesej dan info tidak relevan menggunakan aplikasi dan itu semua dilakukan untuk membuatkan kita semakin ingin membeli-belah meskipun ia bukan barang keperluan. Apabila tidak fokus, kita lebih cenderung untuk membeli barangan yang tidak perlu. Bagaimana pula telefon dan berbelanja tanpa sedar boleh mengakibatkan berat badan seseorang bertambah? Ia sudah semestinya jika barangan yang dibeli itu adalah makanan dan biasanya produk tidak sihat seperti keropok, coklat atau ais krim menjadi pilihan. Apabila sudah dibeli, takkan hendak buang pula? Sudah tentu kita akan makan dan akhirnya berat badan akan meningkat secara mendadak. Sayangnya, kita sebagai pengguna tidak menyedari akan kaitan dua perkara itu dan menganggap telefon tiada kaitan dengan pilihan kita ketika berbelanja. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!