suria

Ini rahsia di sebalik 10 logo jenama terkenal yang mungkin tidak anda ketahui!

Logo ikonik seperti Apple dan BMW mempunyai maksud tersendiri.

TERDAPAT pelbagai jenama yang menampilkan logo yang ikonik sehingga ia menjadi sinonim dengan sesuatu produk yang dikeluarkan.

Bagaimanapun ramai tidak tahu bahawa penghasilan logo sesuatu jenama itu mempunyai kisah dan makna tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 8 perkara pelik yang anda hanya akan temui di Korea Selatan!

Berikut adalah 10 logo jenama terkenal yang mungkin anda tidak tahu kisah di sebaliknya.

#10 Apple

Rob Janoff adalah individu di sebalik reka bentuk logo ikonik ini. Menurutnya, gigitan yang ditunjukkan dalam logo sebenarnya bagi membezakan bentuk epal dan bukannya ceri.

#9 Toyota

Nama syarikat peneraju pengeluar kenderaan ini berasal daripada nama keluarga pengasasnya, Toyoda. Sekiranya dilihat dengan teliti, logo itu mempunyai semua huruf ejaan Toyota.

#8 VAIO

Anak syarikat Sony ini menjual komputer riba. Ada banyak elemen yang dimasukkan ke dalam rekaan logonya. Dua huruf pertama mewakili bentuk gelombang digital.

Dua huruf terakhirnya yang kelihatan seperti angka 1 dan 0 sebenarnya adalah gabungan antara analog dan digital.

#7 Hyundai

Ramai menganggap huruf pangkal ejaan Hyundai adalah H tetapi ia adalah gambaran dua individu - jurujual Hyundai bersalaman dengan pelanggan.

#6 Amazon

Cuba lihat anak panah di bawah perkataan Amazon. Itu adalah fokus iaitu penyelesaian yang tepat untuk keperluan daripada A hingga Z!

#5 CONTINENTAL

Sebagai sebuah syarikat pembuatan tayar, Continental memaparkan logo yang ringkas tetapi bijak. Jika anda lihat dengan teliti, anda akan mendapati bahawa dua huruf pertama logo itu adalah roda kereta.

#4 Toblerone

Salah satu pengeluar cokelat tertua dan vintaj, Toblerone adalah syarikat dari Switzerland yang menjalankan operasinya di Bern, Switzerland.

Jika anda lihat dengan teliti, anda akan dapati ia adalah gambaran pergunungan Alps. Logo itu juga menampilkan beruang di dalamnya kerana Bern terkenal sebagai kota beruang.

#3 BMW

BMW mula mengeluarkan kapal terbang pada tahun 1916 sebelum berubah menjadi pengeluar kereta mewah. Ramai berpendapat corak kotak-kotak pada logo itu sebenarnya adalah gambaran daripada bilah kipas pesawat yang berputar.

Tetapi kenyataannya, itu hanyalah rekaan yang disalin daripada bendera Bavaria. Bavaria adalah sebuah negeri di Jerman di mana syarikat itu bertapak.

#2 DOMINO’S PIZZA

Terdapat kisah menarik di sebalik logo syarikat piza terkenal ini. Pelajar kolej, Tom Monichan meminjam AS$1,900 untuk membeli sebuah restoran piza dikenali dengan nama Dominic's Pizza.

Lima tahun kemudian, Tom membeli dua buah kedai lain di lokasi berbeza untuk mengembangkan perniagaannya.

Bagaimanapun, bekas pemilik restoran menolak permintaan Tom untuk terus menggunakan nama asal restoran dibelinya lalu menukar nama kepada Domino.

#1 UNILEVER

Unilever sebenarnya adalah konglomerat yang mengeluarkan lebih daripada 400 barang pelbagai kegunaan. Logonya sebenarnya terdiri daripada 25 logo lain yang kompleks serta mempunyai makna tersendiri bagi mewakili produk keluarannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain