suria

5 kesalahan mencuci tangan yang sering dilakukan walaupun dah berulang kali dipesan!

Membasuh tangan dengan betul boleh membantu membunuh kuman yang melekat.

MASIH ramai yang melakukan kesalahan ketika mencuci tangan yang boleh membuatkan tangan menjadi tidak efektif melindungi diri daripada paparan kuman termasuklah koronavirus.

Mencuci tangan menjadi salah satu cara efektif untuk mencegah penularan wabak itu namun ia bukan sekadar membasuh tangan dengan air.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ingat diri kebal! Kajian dapati golongan muda lebih banyak dijangkiti Covid-19

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah mengeluarkan panduan mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat.

Ada beberapa bahagian atau lipatan tangan yang perlu kita cuci dengan baik dan menyeluruh.

Berikut adalah beberapa kesalahan mencuci tangan yang kerap dilakukan kebanyakan daripada kita.

1. Mencuci tangan terlalu sekejap

Sebuah kajian daripada Universiti Michigan State yang diterbitkan dalam Journal of Environmental Health menemukan 95 peratus orang tidak mencuci tangan dalam tempoh yang disarankan iaitu 20 saat.

Penelitian itu turut menunjukkan rata-rata orang hanya menghabiskan waktu selama enam saat untuk mencuci tangan. Manakala 15 peratus lelaki dan tujuh peratus perempuan tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas.

2. Tidak membersihkan celahan jari

Tangan akan tetap kotor jika kita hanya menggosokkan sabun di antara kedua telapak tangan lalu membilasnya.

"Kuman suka bersembunyi di bawah kuku dan dicelahan jari. Jadi anda harus menggosok bahagian tersebut setiap kali mencuci tangan," kata pakar kesihatan Roshini Raj.

Menggosok dengan betul adalah kunci menghilangkan kotoran dan pelbagai kuman daripada kulit tangan.

3. Tangan tak dikeringkan

Mencuci tangan tidak akan berguna jika kita tidak mengeringkannya dengan baik. Ini kerana kuman senang membiak dalam keadaan lembab seperti tangan yang basah.

Sebaik-baiknya lap menggunakan tisu atau tuala. Kajian juga menunjukkan mengeringkan tangan dengan tisu dapur lebih baik berbanding pengering tangan.

4. Mencuci tangan jika hanya ke bilik air

Risiko terdedah kepada kuman bukan sahaja di bilik air tetapi pelbagai tempat seperti tombol pintu, butang lif, mesin ATM dan sebagainya.

Atas sebab itu, kita perlu mencuci tangan dengan kerap dan bukannya hanya ketika pergi ke tandas.

Jika tiada masa, sebab itu kita disarankan untuk membawa hand sanitizer. Pastikan ia mengandungi alkohol 60 peratus agar efektif membunuh kuman.

5. Tidak menggunakan sabun

Ramai beranggapan mencuci tangan cukup sekadar menggunakan hand sanitizer sehingga ada mencuci tangan tanpa sabun.

Hand sanitizer yang mengandungi alkohol memang ampuh membunuh kuman namun ada beberapa jenis kuman atau bahan kimia berbahaya yang tidak mampu dibunuh olehnya. Mencuci tangan dengan air dan sabun adalah kaedah paling baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain