MEMILIH warna cat bilik tidur kebiasaannya bergantung kepada citarasa peribadi dan minat setiap individu terhadap warna tertentu. Bagaimanapun secara psikologi, pemilihan warna bilik tidur dapat mempengaruhi kemampuan kita untuk tidur lena pada waktu malam.ARTIKEL BERKAITAN: Suka rumah konsep minimalis tapi akhirnya jadi carca marba! Jangan salah memilih, ikut saja 3 tip ini Warna-warna tertentu dapat membuatkan kita lebih tenang manakala ada pula yang akan merangsang pemikiran dan membuatkan kita berjaga. Secara umumnya, pilihlah warna yang lebih redup pada dinding bilik tidur. Terdapat beberapa warna yang boleh membantu kita tidur lebih nyenyak termasuklah; 1. Biru Biru dikatakan warna terbaik untuk bilik tidur. Tidak hanya kerana ia warna 'selamat' tetapi sebuah kajian pada 2018 juga mendapati ia mampu memberi kesan ketenangan pada otak manusia. 2. Hijau Warna hijau dapat mengingatkan kita pada alam semula jadi sekaligus membangkitkan rasa tenang, harmoni dan menyegarkan. 3. Kuning Meskipun jarang ada yang memilih warna kuning, namun rona ini termasuk sebagai salah satu yang disarankan kerana ia merupakan warna menenangkan. Seperti biru dan hijau, menggunakan warna yang lebih terang untuk bilik tidur cenderung tidak mengalihkan tumpuan kita kepada tidur. 4. Warna tanah Warna tanah juga sesuai untuk dinding bilik tidur selagi ia tidak terlalu gelap. Pilihan lain termasuklah warna krim dan putih manakala rona kelabu adalah alternatif lain yang mampu menciptakan suasana lebih damai untuk membolehkan kita tidur dengan lebih nyenyak. Warna yang harus dihindari! Warna yang terlalu terang perlu dielakkan untuk dinding bilik tidur seperti merah atau jingga kerana ia dianggap sebagai rona tenaga dan membangkitkan semangat. Sebuah kajian pada tahun 2014 mendapati, warna merah dapat merangsangkan perasaan 'fight or flight' (melawan atau lari) sehingga membuatkan kita berasa berjaga-jaga dan sukar tidur. Warna merah patut dielakkan terutamanya pada dinding bilik tidur. Warna kelabu gelap juga tidak disarankan kerana ia dapat menimbulkan perasaan tidak pasti. Bukan sahaja warna tetapi jenis cat juga perlu diberi perhatian. Elakkan menggunakan cat berkilat (glossy) kerana ia dapat memantulkan cahaya serta merangsang otak yang pada akhirnya membuatkan kita sukar tidur. Penggunaan cat matte finish lebih baik untuk bilik tidur anda. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!