DAPUR adalah ruang paling penting dalam sesebuah rumah dan setiap hari digunakan untuk memasak hidangan buat keluarga. Memandangkan ia digunakan dengan kerap, dapur juga menjadi tumpuan pelbagai bakteria dan kuman selain bau masakan yang melekat di dinding.ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa bunyi air begitu menenangkan... patutlah dianggap terapi minda Bagi memberikan bau yang segar pada dapur anda, terdapat beberapa tumbuhan hijau yang boleh diletakkan di ruang itu bagi menyerap bau selain menjauhkan seranggan seperti semut dan lipas. Berikut adalah lima tanaman yang sesuai diletakkan di dapur; 1. Spider plant (Lili Paris) Lili Paris tidak memerlukan sinaran matahari yang banyak dan boleh tumbuh segar dalam ruang lembap. Ia cukup sesuai diletakkan sebagai perhiasan di atas kabinet atau tempat letak pinggan mangkuk kerana ia mampu menyerap bau dan serangga. 2. Lidah buaya Lidah buaya boleh tumbuh subur di tempat yang kering, panas dan bercahaya. Tanaman ini sangat sesuai diletakkan di dapur. Selain bentuknya yang cantik serta mampu menyegarkan ruang, lidah buaya juga baik untuk kulit selain dijadikan salad atau jus. 3. Pothos Tanaman berbentuk hati ini mudah tumbuh selain cukup efektif menyerap racun daripada udara. 4. Zamioculcas Zamiifolia (Pokok duit) Jika ada yang sukakan suasana hijau di dalam dapur, pokok duit pilihan tepat selain ia tahan terhadap suhu kering. 5. Snake plant (Lidah jin) Tumbuhan ini dapat bertahan selama berminggu-minggu tanpa air. Lidah jin juga tidak memerlukan cahaya terlalu kerap untuk terus kekal hidup. Selain bentuknya yang cantik, ia juga dapat membersihkan bahan kimia beracun daripada ruang udara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!