suria

Wow! airasia.com bikin gempak lagi... diskaun sehingga 90 peratus, semuanya di aplikasi super Asean

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan (empat dari kanan) bersama-sama pihak pengurusan airasia.com.

LAMAN web airasia.com tampil dengan identiti baharu sebagai sebuah aplikasi super Asean dalam melengkapkan transformasi AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup komprehensif untuk semua.

Permulaan era baharu kumpulan AirAsia itu, aplikasi super airasia.com menawarkan pengalaman pengguna lebih mudah, pantas dan lancar untuk mengakses lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utama iaitu perjalanan, e-dagang dan teknologi kewangan.

Bagi meraikan kejayaan ini, laman web itu memperkenalkan jualan airasia.com Super Sale yang pertama untuk menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang popular sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu menu Asean? Jom singgah Santan... ada Gado-Gado, Nasi Padang

Jualan terbesar di rantau ini akan berlangsung bermula 12 Oktober (10 pagi) sehingga 18 Oktober 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus dalam semua kategori produk di aplikasi super airasia.com dan laman airasia.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya tidak hanya berpeluk tubuh dengan krisis yang sedang melanda sebaliknya mencari peluang untuk menaik taraf platform, meningkatkan pengalaman pengguna dan kemudahan pembayaran.

Katanya menerusi airasia.com, bukan sahaja menawarkan penerbangan, malah penginapan, beli-belah, makanan, dan banyak lagi semuanya dalam satu aplikasi super.



Karen memberitahu aplikasi itu adalah bukti budaya inovasi AirAsia.

“Pengembangan perniagaan digital juga membolehkan kami menawarkan pelbagai produk di airasia.com daripada penerbangan hingga gaya hidup. Seperti AirAsia, airasia.com akan menjadi sebuah jenama aplikasi super Asean terbaik untuk melengkapi perjalanan anda.

"Saya tidak sabar untuk melihat semua orang menggunakan airasia.com dan menikmati tawaran sepenuhnya apabila kita boleh kembali melakukan perjalanan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan pula memberitahu pelancaran aplikasi itu adalah bukti budaya inovasi berterusan AirAsia serta menjadi pendorong untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan.

"Dalam era baharu pasca-Covid-19 ini, kami memahami keperluan fleksibiliti perjalanan, justeru kami melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia yang inovatif dengan menawarkan pas penerbangan yang boleh ditebus kemudian dan ia telah menjadi ikutan pemain industri lain.

"Kami turut memahami keinginan pelanggan untuk melancong dan telah melancarkan SNAP, pakej penerbangan dan hotel dengan harga terbaik. Selain itu, bagi pelanggan yang ingin berbelanja dengan selesa dari rumah, oleh itu kami menawarkan penghantaran ke rumah untuk produk makanan dan barangan bebas cukai.

“airasia.com bukan sahaja menghubungkan pelanggan ke destinasi mereka, malah menghubungkan mereka dengan komuniti pelancongan, pencinta makanan dan memupuk perdagangan berasaskan sosial. Aplikasi super kami kini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar yang membolehkan mereka membayar dengan BIG Poin untuk pelbagai produk dan membuat pembayaran dengan hanya satu klik," jelasnya.



airasia.com Super Sale berlangsung daripada 12 hingga 18 Oktober 2020.

Dalam perkembangan sama, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk pakej SNAP (penerbangan dan hotel) daripada RM88 seorang; diskaun sehingga 90 peratus untuk beli-belah di airasia shop.

Nikmati juga diskaun 50 peratus untuk pelbagai makanan di airasia food (sebelum ini dikenali sebagai (OURFOOD) dan airasia fresh (sebelum ini dikenali sebagai OURSHOP).

Untuk penerbangan domestik nikmati diskaun 50 peratus dan 10 peratus untuk syarikat penerbangan lain ke 3,000 destinasi seluruh dunia.

Tak cukup dengan itu, nikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai aktiviti, 20 peratus untuk hotel, 20 peratus untuk promosi tanpa had dan banyak lagi.

Istimewa untuk pelanggan beragama Islam, nikmati diskaun 10 peratus untuk perkhidmatan Aqiqah Antarabangsa dan Aqiqah Mekah menerusi IKHLAS.

Pengguna juga boleh mengumpul BIG Poin* sebanyak dua kali ganda dalam tempoh jualan ini, dan membayar menggunakan BIG Poin untuk pembelian yang dibuat di airasia.com.

Pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran dengan lancar dengan ciri ‘One-Click’ menggunakan kad BigPay. Pemegang kad Visa pula boleh menikmati lebih penjimatan selaku rakan jualan airasia.com Super Sale.

Artikel Lain