suria

Pandemik punca 67 peratus putus cinta... Lakukan 3 perkara ini untuk 'move on'

Sebanyak 67 peratus mengalami putus cinta ketika pandemik.

DALAM situasi normal, percintaan yang putus ditengah jalan barangkali masih boleh diatasi. Bagaimanapun, dalam situasi pandemik ketika ini, ia mungkin membebankan hati.

Mana tidaknya, pergerakan sangat terbatas. Melupakan kesedihan dengan berjumpa rakan-rakan juga adalah perkara mustahil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... Ditinggalkan bersendirian, ekor dipegang dan tangisan bayi antara 10 perkara dibenci kucing

Sebuah kajian yang dilakukan dating.com terhadap 2,000 pengguna mendapati, 67 peratus mengalami putus cinta sepanjang pandemik.

Angka ini meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya 35 peratus. Sebanyak 25 peratus di antaranya mengakui masih belum mampu 'move on' daripada bekas kekasih mereka.

Pakar psikologi, Chin Hing Michaluk berkongsi tip kepada mereka yang ingin meneruskan kehidupan selepas hubungan cinta terkandas dalam tempoh sukar ini.

1. Cari aktiviti

Pandemik membuatkan seseorang lebih banyak menghabiskan masa mengenang kisah lalu. Bagi mengatasinya, anda disarankan untuk melakukan aktiviti menyenangkan.

Malah kata Chin, sekarang adalah waktu paling sesuai berbuat demikian seperti tampil dengan projek tertentu atau pun meluangkan lebih banyak masa dengan teman meskipun secara virtual.

2. Bela haiwan

Cara lain untuk memiliki rutin baharu yang menyenangkan adalah dengan memelihara haiwan seperti kucing. Selain menambah kegembiraan, haiwan juga membuatkan anda sibuk.

Malah ia juga terapi terbaik bagi melupakan kesedihan dan tekanan perasaan.

3. Menulis

Ketika putus cinta, perubahan hidup yang signifikan dapat menjadi peluang untuk pengembangan emosi diri. Kenang kembali seberapa jauh anda telah menjalani kehidupan ini.

Jurnal atau catatan harian dapat menjadi salah satu medium untuk merenung semula pengalaman baik dan pahit dalam hidup. Tuliskan semua perubahan yang terjadi.

"Renungkan kembali... Perbezaan apa yang terjadi dan bagaimana anda boleh meneruskan kehidupan daripada peristiwa tersebut," kata Chin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Pandemik, Covid-19, putus cinta, move on,

Artikel Lain