suria

Wow! Dr. Noor Hisham sebaris BTS, antara topik ‘hidupkan’ Twitter sepanjang 2020

Dr. Noor Hisham dan BTS antara yang popular di Twitter sepanjang 2020.

SAMA ada bekerja dari rumah, belajar atas talian atau menjaga jarak sosial, kehidupan ramai daripada kita sudah berubah pada 2020 dan kita akan lakukan pelbagai perkara untuk menambah keseronokan sepanjang waktu sukar ini.

Salah satu caranya adalah menggunakan laman sosial seperti Twitter bagi mendapat informasi terkini atau berkongsi pendapat serta membaca pelbagai kisah lucu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalgona Coffee, BPN, 7 Hari Mencintaiku antara carian tertinggi Google Malaysia 2020

Jadi tidak hairan Twitter menjadi medan popular buat rakyat Malaysia pada tahun ini. Berikut adalah beberapa perkara yang mencuri perhatian di laman sosial itu sepanjang 2020;

1. Topik paling hangat

Permohonan maaf Fizi

Fizi watak daripada rancangan kanak-kanak popular Upin dan Ipin telah mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan. Penerbit rancangan itu, Les Copaque membuat video Fizi mengeluarkan permintaan maaf dan ia menjadi perbualan hangat di Twitter.

Ada yang menyambut baik permohonan maaf itu serta mengulang kicau video berkenaan sehingga ia tular. Secara keseluruhan, itu adalah Tweet yang paling banyak di ulang kicau dan mendapat tanda suka tahun ini di Twitter.

Menghargai pemimpin

Pengguna Twitter dikenali sebagai Kakak Iman (@imancullen_) menulis sepucuk surat penghargaan kepada Dr. Noor Hisham Abdullah dan mengirimnya gelang persahabatan - tetapi apa yang berlaku seterusnya adalah istimewa.

Dr. Hisham memberikan gelang itu kepada cucu perempuannya dan mengirim surat balasan kepada kakak Iman, mengucapkan terima kasih atas permintaan baiknya dan mendorongnya untuk terus kuat. Iman berkongsi surat itu di Twitter.

Mendengar terus dari pakar

Rakyat Malaysia juga datang ke Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai keadaan semasa yang selalu berubah, termasuk untuk mendengar terus dari pemimpin. Dr. Hisham (@DGHisham) muncul lagi di sini; dan, rakyat Malaysia berminat dengan apa yang beliau katakan, serta mendengar dan melihat maklumat terkini yang perlu mereka ketahui.

Teguran Dr Hisham terhadap rakyat Malaysia kerana tidak mengikuti SOP mendapat ulang kicau yang banyak di Twitter hasil rakyat Malaysia membantu menyebarkan kata-katanya kepada orang lain.

2. Hastag paling popular

#covid19

Tidak mengejutkan, tanda pagar Covid-19 paling popular di Twitter bagi memudahkan pengguna mencari maklumat dan perkembangan terkini situasi semasa pandemik. Hastag itu telah di twit hampir 400 juta kali di seluruh dunia.

#dudukrumah

Duduk rumah memberi banyak makna menerusi hastag ini. Ia bukan sahaja menggalakkan orang ramai duduk di rumah tetapi ia turut digunakan untuk pelbagai perkara termasuk ketika berkongsi resepi, aktiviti serta perkongsian twit terbaharu.

#kitajagakita

Ia mula dipopularkan oleh penulis Hanna Alkaf untuk membantu orang dalam kesusahan sepanjang tempoh PKP namun ia mula digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia.

3. Kpop & BTS

Meskipun aktiviti berkaitan hiburan tidak dibenarkan bagi membendung penularan wabak namun ia tidak pernah menghentikan peminat Kpop di Malaysia melupakan minat mereka malah menjadi lebih kuat.

Tahun ini sahaja terdapat banyak perkara yang mereka lakukan di Twitter bagi menghidupkan semangat dan sokongan terhadap artis kesayangan mereka.

Bagi peminat BTS (@BTS_twt), peminat dapat berhubung serta membuat carian dengan hastag seperti #bangbangcon bagi membicarakan mengenai kemunculan kumpulan terkenal itu sama ada dalam program televisyen atau pun album baharu.

Twitter adalah medan untuk ARMY (gelaran nama peminat BTS) berkumpul dan Covid-19 tidak dapat menghalang mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain