SEJAK berabad lamanya, kayu telah digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembinaan rumah tradisional terutama sebagai kerangka dan dinding. Kayu merupakan produk versatil yang menjadi bahan utama hiasan kediaman di Malaysia terutamanya untuk kemasan lantai kayu, panel dinding, pintu venir dan juga perabot.ARTIKEL BERKAITAN: Warisan negara cerminan kita... Seni ukiran kayu melangkah ke era baharu Selari dengan peredaran masa kini, rangkaian produk kayu tempatan turut mengalami revolusinya yang tersendiri dengan menghasilkan pelbagai produk kayu berinovasi untuk kegunaan struktur dan bukan struktur dengan menawarkan harga yang kompetetif. Penggunaan komponen kayu sebagai elemen utama hiasan dalaman seakan menjadi tren masa kini. Selain menampakkan suasana dalaman yang kontemporari, tekstur dan warna kayu juga memainkan peranan bagi mengwujudkan ruang yang mewah dan elegan. Penggunaan kayu dalam hiasan dalaman dan perabot dapat membantu mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan. Antara spesies kayu yang terkenal bagi komponen hiasan dalaman dan perabot adalah dari jenis kayu sederhana keras seperti Alan Batu, Derum, Kasai, Kayu Malam, Keledang, Mengkulang, Meransi, Merawan dan Merpauh, serta kayu keras ringan seperti Alan Bunga, Bayur, Berangan, Bintangor, Dedali dan Kembang Semangkok. Kayu merupakan bahan pembinaan neutral-karbon selain boleh digunakan semula, ianya juga bertindak menyerap kelembapan udara dan membantu individu yang mengalami masalah pernafasan. Justeru, untuk menggalakkan penggunaan kayu dalam reka bentuk dalaman terutama perabot, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sering menyertai pameran-pameran berkaitan samada tempatan dan juga antarabangsa. Selari dengan aspirasi kerajaan bagi meningkatkan industri perabot ke arah own design/brand manufacturing (ODM/OBM), MTIB telah membangunkan pusat reka bentuk perabot dengan fasiliti yang lengkap yang dikenali sebagai TANGGAM Design Centre (TDC) di Kota Damansara. TDC merupakan pusat sehenti reka bentuk perabot yang telah melahirkan pereka-pereka muda dibawah label TANGGAM yang diikhtiraf di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Antara pengikhtiran terkiniyang diperolehi oleh pereka TANGGAM adalah mendapat Tempat Pertama Anugerah Switzerland Elite Design 2019. TANGGAM Design Centre (TDC) pusat sehenti reka bentuk perabot yang telah melahirkan pereka-pereka muda dibawah label TANGGAM yang diikhtiraf di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Nik Zuraihah Nik Mohammad, yang merupakan antara individu bertanggungjawab menerajui inisiatif MTIB dalam membangunkan TDC berkata, walaupun penerimaan terhadap pereka tempatan masih berada di tahap rendah. Tetapi semakin meningkat setiap tahun. Hasil dari program inkubasi pereka oleh MTIB, ramai Pereka TANGGAM telah berjaya memiliki studio reka bentuk perabot sebagai punca pendapatan. "Kita mempunyai beberapa kisah kejayaan di peringkat antarabangsa, tetapi di peringkat tempatan, penerimaan masih rendah berbanding di luar negara. Di Malaysia, kita masih mencari identiti dan bagaimana ianya boleh dipasarkan. "Bagi mewujudkan kesedaran usaha berterusan dan konsisten diperlukan serta mengambil masa kerana ini adalah usaha yang kita mulakan daripada bawah. "Peranan kami adalah untuk memastikan semua pihak tertentu menyedari tentang pentingnya peranan reka bentuk dalam melonjakkan nilai sesebuah produk. Ini adalah peranan yang sukar namun kami gembira kerana usaha ini telah mula diikuti oleh pemain indsutri jadi ianya membuktikan usaha MTIB mula menunjukkan impak yang baik," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!