suria

Ini 4 kelebihan bermain video game! Kaki game juga boleh dilabel sebagai manusia bijak

Bermain permainan video ada juga kebaikan kepada manusia.

KEGILAAN bermain permainan video ada kalanya menjadi stigma negatif dalam masyarakat.

Mungkin segelintir masyarakat menggangap bermain video game ini tidak membawa apa-apa faedah dan hanya membuang masa sahaja.

Tetapi ternyata dalam dunia digital sekarang ini, e-sukan telah membuktikan bahawa ia mempunyai masa depan yang cerah dan boleh memberi keuntungan kepada diri jika kena dengan cara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki game 'buat duit' dengan PUBG, siap boleh bagi mak ayah.

Tahukah anda hobi bermain video game ini membolehkan seseorang itu dilabel bijak? Manfaat bermain game pula ternyata ada positifnya. Selain terbukti dapat mengasah otak dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif ia juga dapat dijadikan kerjaya.

Antara 4 manfaat positif di sebalik asyik bermain video game:

1. Meningkatkan mood positif

Hidup ini kadang kala memerlukan sesuatu yang boleh memberi keseronokan untuk meningkatkan mood.

Di tengah pandemik Covid-19 ini, memang kita memerlukan sesuatu yang dapat memberi keseronokan, hilang rasa bosan, mahukan sesuatu yang santai dan banyak lagi.

Oleh itu, dengan bermain video game ia sedikit sebanyak akan membuatkan diri lebih aktif dan produktif. Bukan itu sahaja, ia juga boleh boleh memberi mood positif.

2. Melatih otak

Kebanyakan game online yang ada sememangnya melatih otak baik belah kiri mahupun kanan. Melatih otak bermaksud seseorang itu akan lebih berfikir di luar kotak kerana dengan bermain game ia akan membuatkan mereka lebih fokus.

Oleh itu, bermain video game ini bukan hanya sekadar hobi malah ia boleh dikatakan proses pembelajaran untuk seseorang itu terutamanya dari segi membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan bertindak dengan cepat.

3. Memperoleh ramai kenalan

Dengan bermain video game, sudah pasti mereka akan bertemu dengan ramai orang di seluruh dunia. Maka, mereka akan berpeluang untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain boleh meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi, mereka juga boleh menambah rakan daripada aktiviti tersebut.

Apabila mereka mempunyai ramai kenalan lebih banyak budaya dan nilai murni yang dapat mereka pelajari sekali gus meningkatkan ilmu pengetahuan.

4. Memberi kegembiraan

Jika ingin mendapat manfaat dari bermain video game, seseorang itu perlu menetapkan satu had masa. Jika terlalu kerap meluangkan masa bermain video game, ia juga sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan seperti mata dan sebagainya.

Jadi untuk memperoleh kegembiraan daripada bermain video game itu sendiri, anda perlu pandai mengawal diri untuk mencari keseronokan bukannya tekanan.

Ketika bermain game, selalu ingat bahawa itu sekadar hobi dan aktiviti untuk memperbaiki diri bukan melemahkan anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain