suria

Jangan main sumbat je! Ketahui 5 bahan tak sesuai dimasukkan ke dalam pengisar makanan

Bukan semau bahan makanan boleh dikisar menggunakan pengisar makanan.

JIKA dahulu lesung batu digunakan untuk menumbuk dan melumatkan sesuatu bahan masakan seperti bawang dan cili, namun mesin pengisar makanan telah menjadi pengganti bagi memudahkan urusan di dapur.

Walaupun terdapat pelbagai jenis pengisar makanan namun setiap daripadanya mempunyai tahap keupayaan tersendiri dan tahukah anda terdapat beberapa jenis bahan yang tidak boleh dikisar menggunakan alatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pilih yang mana, bahan pencuci serbuk atau cecair... ada beza ke?

Antara jenis bahan-bahan yang tidak disyorkan menggunakan pengisar makanan termasuklah;

1. Sayur-sayuran

Mengisar sayur-sayuran sememangnya tidak salah tetapi ia akan memberi kesan kepada khasiatnya serta membuatkan sesuatu sayuran itu berubah warna.

Cara terbaik untuk mengekalkan khasiatnya adalah, rendam sayur-sayuran selama lima minit sebelum dimasukkan ke dalam pengisar makanan.

2. Buah-buahan beku

Buah-buahan beku selalu digunakan untuk membuat minuman smoothie tetapi ada antara kita yang tergesa-gesa dan terus memasukkan buah yang masih beku ke dalam pengisar.

Ia boleh membuatkan bilah pisau retak dan lebih malang, pengisar makanan boleh rosak!

3. Tulang

Sesetengah makanan seperti laksa memang lebih sedap sekiranya bahan mentah digunakan seperti ikan dikisar terlebih dahulu bersama tulang-tulangnya.

Untuk mengelakkan pengisar makanan rosak, adalah lebih baik asingkan terlebih dahulu isi dan tulang sebelum dimasukkan ke dalam pengisar makanan.

4. Kekacang

Terdapat bahan-bahan keras seperti kacang, biji kopi dan lain-lain yang boleh menyebabkan pengisar makanan perlu bekerja lebih keras.

Sebaik-baiknya, jangan mengisar bahan keras menggunakan pengisar makanan dengan kuasa rendah kerana ia boleh menyebabkan bilah pisaunya patah.

5. Sukatan cecair tak sesuai

Ini juga kerap terjadi apabila bahan yang dimasukkan tidak sepadan dengan sukatan air - adakalanya terlalu sedikit atau banyak menyebabkan motor dan bilah pisau pengisar tidak dapat berputar dengan baik.

Hasilnya, bahan yang dikisar tidak lumat, bergumpal atau terlalu padat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain