PERNAHKAH ketika anda sedang bermain dengan kucing kesayangan, tiba-tiba anda terhidu aroma kurang enak daripada mulutnya? Sebenarnya, mulut kucing yang berbau adalah tanda-tanda ia mengalami masalah kesihatan kerana kebiasaannya nafas kucing tidak berbau.ARTIKEL BERKAITAN: Cacing pita dalam usus antara 5 penyakit yang biasa dialami kucing Bau mulut pada kucing boleh disebabkan ia mengalami masalah penyakit seperti buah pinggang, pernafasan, diabetes, penyakit kulit atau trauma pada mulut akibat luka yang disebabkan mengunyah makanan keras. Bawa kucing anda berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang kelainan ditunjukkannya. Tanpa perawatan gigi yang baik, penyakit yang disenaraikan itu dapat menyebabkan sakit gigi dan jangkitan pada kucing - dalam kes tertentu ia boleh menyebar ke bahagian organ lain. Gusi kucing juga akan membengkak disebabkan keradangan gusi. Ia bagaimanapun boleh diatasi dengan berjumpa doktor haiwan selain memberus giginya dengan teratur. Penyebab lain mulut kucing berbau adalah disebabkan mungkin ada sesuatu yang tersangkut di celah gigi atau di bawah gusinya dan menyebabkan mulutnya berbau busuk. Bagi mencegah bau mulut pada kucing anda, sebaik-baiknya gosok giginya setiap hari menggunakan ubat gigi khusus untuk si bulus. Bagaimanapun jangan sesekali menggunakan ubat gigi digunakan manusia kerana ia boleh menyebabkan kucing sakit perut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!