suria

Dah mop banyak kali pun lantai tetap bau busuk, ketahui punca dan cara mengatasinya

Tugas mengemop lantai boleh jadi membebankan apatah lagi lantai meninggalkan bau busuk.

TUGAS mengemop lantai adalah antara rutin penting ketika membersihkan rumah. Ini kerana lantai adalah tempat yang dipijak selain kita tidak sedar kuman dan bakteria yang melekat padanya.

Oleh sebab itu, sangat penting untuk menyapu dan mengemop lantai secara rutin. Bagaimanapun, tugas mengemop lantai boleh jadi memematkan apatah lagi selepas selesai semuanya, lantai mengeluarkan bau kurang enak meskipun ia sudah bersih.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pilih yang mana, bahan pencuci serbuk atau cecair... ada beza ke?

Sebenarnya punca utama lantai mengeluarkan bau kurang enak selepas dimop adalah disebabkan air yang digunakan.



Penggunaan air panas dan baking soda boleh memudahkan tugas mengemop lantai.

Bagi memastikan lantai tidak berbau, gunakan air panas yang dicampur dengan bahan pencuci lantai bagi menghentikan penyebaran kotoran dan bakteria.

Selain air, penyebab lain adalah mop itu sendiri yang sudah kotor sehingga menyebabkan ia meninggalkan bau busuk selepas dimop. Sebelum membersihkan lantai, rendam mop dalam air panas, peluntur dan bahan pencuci lantai.

Sekiranya bau mop tetap tidak hilang, sebaik-baiknya ia ditukar dengan mop yang baharu.

Campuran baking soda ketika merendam mop juga boleh membantu mengeluarkan bau busuk yang melekat serta kuman dan bakteria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain