KEMELESETAN ekonomi adalah antara situasi yang sangat dibimbangi apatah lagi pandemik Covid-19 seperti belum ada penghujung biarpun sudah setahun berlalu. Disebabkan itu juga, ramai yang terkesan sehingga ada yang dibuang kerja, gaji dipotong malah banyak perniagaan terpaksa gulung tikar disebabkan pandemik ini. Maka adalah penting untuk kita membuat perancangan kewangan yang lebih strategik dan efektif agar dapat bersedia terhadap sebarang kemungkinan pada 2021. ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan hilang kerja disebabkan pandemik? 'It's OK'.. cuba tenangkan diri dengan 4 langkah ini. Bagi mengatur kewangan, seseorang itu pada asasnya perlu memahami situasi kewangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan lebih-lebih lagi dalam situasi tidak menentu ketika ini. Berikut adalah lima langkah mudah bagi memastikan tahap kewangan kita lebih terjamin. Jangan biarkan diri anda dalam belenggu kewangan. 1. Tetapkan penggunaan wang Senaraikan penggunaan kewangan sebaik-baiknya agar anda lebih jelas dan tidak tersasar dengan membuat pembelian tidak penting. Selain itu, ia juga dapat memberi kesedaran kepada kita tentang kepentingan berjimat termasuk untuk kegunaan ketika waktu sukar seperti kesihatan, pendidikan dan kecemasan. 2. Mencatat keluar masuk wang Biasakan diri dengan mencatat setiap perbelanjaan anda walaupun hanya sekadar membeli barangan dapur. Dengan membuat catatan keluar masuk wang, anda akan lebih menjaga penggunaan wang dengan lebih teliti. 3. Sesuaikan gaya hidup Menyesuaikan gaya hidup dengan situasi kewangan sangat penting kerana ia boleh mengelak diri daripada terjebak dengan hutang. Belajar untuk hidup dalam keadaan sederhana serta melupakan perkara tidak penting sebaliknya simpan lebihan wang yang ada untuk kegunaan kecemasan. Mencatat segala perbelanjaan dapat membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik. 4. Simpan wang kecemasan Perkara yang paling penting adalah memastikan anda mempunyai wang kecemasan sekiranya berlaku situasi tidak terduga seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Laburkan sedikit wang untuk insurans diri dan keluarga, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. 5. Ilmu kewangan Terdapat pelbagai sumber boleh dirujuk untuk mendapatkan ilmu mengenai kewangan seperti buku, blog, nasihat perunding kewangan serta YouTube. Fahamkan tentang dasar seperti pelaburan, simpanan jangka pendek atau panjang serta wang kecemasan dan sebagainya. Ilmu pengurusan kewangan ini perlu diterapkan dalam diri setiap orang bagi membantu menguruskan kewangan dengan lebih bijak dan selamat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!