suria

Arang, kulit limau antara bahan ‘power’ bantu hilangkan bau sampah dalam rumah

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk menghilangkan bau tong sompah.

MESKIPUN sudah mencuci dengan sabun secara kerap, namun tong sampah masih berbau busuk disebabkan ia sering digunakan.

Sampah akan mengeluarkan bau busuk terutamanya jika dibiarkan selama semalaman atau beberapa hari dan baunya boleh membuatkan seluruh rumah berbau kurang menyenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah mop banyak kali pun lantai tetap bau busuk, ketahui punca dan cara mengatasinya

Jangan bimbang, ada lima bahan yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bau sampah.

1. Baking soda

Baking soda merupakan bahan cukup baik untuk mencegah bau. Hanya taburkan sedikit serbuk itu ke bahagian bawah tong sampah sebelum memasukkan plastik sampah di atasnya.

Serbuk itu akan membantu menyerap semua bau kurang enak yang disebabkan oleh sampah.

2. Tisu basah

Tisu basah juga boleh menyerap bau busuk sampah. Anda hanya perlu melapik tisu basah ke dasar tong atau bakul sebelum meletakkan plastik sampah.

Tukar tisu basah yang baharu setiap kali anda membuang sampah.

3. Vanila

Titiskan cecair vanila ke dasar tong sampah atau tuangkan ke atas tisu sebelum dimasukkan ke dalam tong. Biarkan ia semalaman. Bau busuk akan diserap oleh vanila.

Taburkan vanila ke dalam dasar sampah atau gunakan kapas sebagai medianya lalu diamkan selama semalaman dengan keadaan tempat sampah tertutup. Bau tak sedap akan diresap oleh vanila.

4. Arang

Arang terbukti dapat menyaring pelbagai bau termasuk bau tempat sampah. Hancurkan sedikit arang dan letakkan serpihannya sebelum ia dibiarkan semalaman agar bau busuk diserap arang.

5. Kulit limau

Kulit buah limau seperti lemon, limau nipis atau oren dapat mengurangkan bau busuk di tempat sampah. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu meletakkan kulit tersebut ke dalam tong.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain