suria

Baking soda memang membantu bersihkan rumah, tapi awas jangan gunakan untuk cuci 5 benda ini!

Baking soda tidak boleh digunakan pada beberapa benda dan permukaan.

BAKING soda memang menjadi pilihan ramai sebagai bahan pembersih kotoran pelbagai benda di rumah kerana ia sangat berkesan dan tidak memerlukan kos yang mahal.

Bagaimanapun, harus diketahui, bukan semua benda boleh dicuci menggunakan baking soda kerana ia mungkin akan merosakkan perabot atau barang kesayangan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Arang, kulit limau antara bahan ‘power’ bantu hilangkan bau sampah dalam rumah

Berikut adalah beberapa benda atau permukaan yang tidak boleh dibersihkan menggunakan baking soda.

1. Kaca

Baking soda adalah pembersih yang bersifat abrasif, jadi penggunaannya terhadap kaca akan mencalarkannya. Sebaik-baiknya, guna cuka sebagai ganti untuk membersihkan permukaan berkaca.



Baking soda boleh merosakkan permukaan seperti aluminium dan perabot kayu.

2. Aluminium

Tidak salah mencuci barangan yang diperbuat daripada aluminium dengan baking soda tetapi ia perlu dibilas dengan air.

Ini kerana, jika dibiarkan tanpa dibilas dengan air, baking soda dapat menyebabkan oksidasi pada aluminium yang menjadikan ia berubah kepada warna cokelat.

3. Perabot kayu

Baking soda sifatnya 'keras' untuk membersih perabot kayu dan akan menyebabkan lapisan atasnya rosak. Sebaik-baiknya, guna sahaja sabun pencuci pinggan yang sudah dilarutkan dengan air.

4. Marmar

Jangan pernah sesekali mencuci lantai marmar dengan baking soda. Ia boleh menyebabkan lantai marmar menjadi kasar serta meninggalkan kesan calar.

5. Lantai kayu

Seperti perabot kayu, bahan ini juga tidak sesuai digunakan untuk membersih lantai kayu. Ini kerana baking soda akan meresap dalam lantai dan akan menyebabkan kerosakan pada masa jangka panjang.

Selain merekah, lantai kayu boleh tercabut atau mengelembung hasil tindak balas dengan baking soda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain