suria

Selain tisu tandas dan hand sanitizer, ada 10 barang lain jadi rebutan sejak pandemik Covid-19

Tisu tandas antara barang yang menjadi rebutan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

SEMENJAK pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, norma baharu sudah lagi tidak asing dalam diri mana-mana individu. Banyak perubahan telah berlaku sehinggakan pelbagai perkara yang dipraktikkan bagi membendung penularan wabak itu telah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seharian.

Jika diimbas kembali, ramai yang mula tersedar bahawa beberapa benda dan kelengkapan yang dipandang tidak penting sebelum ini tiba-tiba berubah menjadi keperluan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 ada di mana-mana, jangan jemu jadikan 5 langkah ini sebagai norma baharu anda

Berikut adalah senarai 10 barang keperluan yang menjadi rebutan sejak pandemik Covid-19 melanda;

1. Tisu tandas

Tisu tandas merupakan produk yang menjadi rebutan sehingga ada di sesetengah tempat bertukar bencana apabila orang ramai berebut membelinya.

Jika sebelum ini kekerapan membeli tisu tandas sebanyak satu ke dua bulan sekali, tetapi gara-gara pandemik ia menjadi lebih kerap sehinggakan pasar raya mengehadkan pembelian bagi setiap pelanggan.

2. Hand sanitizer

Biarpun hand sanitizer atau pembersih tangan ini telah wujud sejak sekian lama, tetapi ia bukan barang keperluan untuk digunakan seperti hari berbanding sejak pandemik berlaku.

Ia sudah menjadi barang wajib yang perlu ada bagi memastikan kita dapat membersihkan tangan di mana sahaja. Malah ia antara barangan yang laris jualannya di atas talian.

3. Sabun cuci tangan

Selain hand sanitizer, sabun pencuci tangan juga antara barangan yang cukup laris kerana kita disarankan untuk kerap mencuci tangan menggunakan sabun bagi mematikan kuman dan virus yang melekat.

4. Alat perkakas rumah

Selain daripada barangan keperluan menjaga kebersihan diri, alatan perkakas rumah juga antara yang melonjak naik jualannya.

Ini disebabkan, ramai terpaksa menghabiskan masa di rumah maka timbul pelbagai idea untuk mengubah suai kediaman mereka agar lebih menarik.

Antara barangan dan peralatan yang laris adalah perabot, aksesori rumah, peralatan memasak, cat dan sebagainya.

5. Bahan memasak

Sudah pasti apabila banyak meluangkan masa di rumah perut akan sentiasa berasa lapar sehinggakan ramai yang takut bekalan makanan tidak mencukupi untuk semua ahli keluarga.

Ini pernah terjadi dalam rakyat Malaysia apabila mereka membuat 'panic buying' suatu ketika dulu. Banyak bahan memasak seperti mi segera, roti, susu, dan sebagainya habis di hampir semua pasar raya.

6. Permainan papan

Dek kerana terlalu lama di rumah sudah tentu akan timbul rasa bosan. Salah satu cara untuk menghilang bosan adalah dengan meluangkan masa bersama dengan aktiviti-aktiviti menarik.

Ramai yang memilih permainan papan untuk mengisi masa terluang dan menghiburkan hati sehinggakan stoknya kehabisan.

7. Peralatan sukan

Untuk kekal aktif dan mahukan aktiviti menyihatkan, ramai mengambil keputusan untuk bersenam di rumah kerana tidak dapat bersenam di gimnasium atau taman reakrasi.

Maka alatan bersukan seperti dumbel, tikar yoga, tali skipping dan sebagainya laris.

8. Air fryer

Alat mengoreng serba mudah dan canggih ini ternyata menarik minat orang ramai untuk memilikinya lebih-lebih lagi apabila hampir seluruh keluarga berada di rumah.

Ramai yang terpengaruh sehinggakan di mana-mana pun kehabisan stok. Ia bukan sahaja memudahkan kerja memasak namun makanannya lebih berkhasiat memandangkan ia tidak perlu menggunakan minyak.

9. Penyedut hampagas

Menjaga kebersihan adalah antara faktor sangat dititikberatkan oleh ramai orang bagi membendung penularan wabak. Jadi tidak hairan, penyedut hampagas menjadi rebutan bagi memudahkan kerja-kerja memvakum habuk di rumah.

10. Pakaian tidur

Memandangkan sejak Covid-19 ramai yang bekerja dari rumah, maka pakaian yang selesa dan santai menjadi pilihan banyak orang.

Meskipun tidak dapat ke pusat beli-belah, ramai memilih membuat pembelian pakaian tidur dan kasual secara dalam talian. Apatah lagi, pelbagai diskaun dan tawaran menarik diberikan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain