RAKYAT Malaysia mana yang tak suka makan nasi, kan? Malah kebiasaannya kita akan masak dalam jumlah yang banyak supaya tidak perlu memasak nasi berulang kali dalam masa sehari. Lebihan nasi kebiasaannya kita akan biarkan di dalam periuk nasi dan apabila ingin makan, kita hanya panaskan kembali. Bagaimanapun, tahukah anda memanaskan kembali nasi dalam jangka waktu tertentu dapat mengembangkan bakteria sekali gus meningkatkan risiko keracunan makanan?ARTIKEL BERKAITAN: Pasti ramai tak tahu... Rupa-rupanya ada kesan buruk jika cuci beras dalam periuk nasi! Persoalannya, berapa lama nasi boleh dibiarkan di dalam periuk nasi dan dipanaskan kembali? Sebenarnya nasi yang sudah dimasak boleh dibiarkan dalam periuk nasi di antara 10 ke 12 jam sebelum ia basi dan selepas tempoh itu, bakteria akan mula berkembang dan nasi akan kehilangan rasanya. Membiarkan nasi di dalam periuk nasi semalaman dapat membuatkan bakteria mudah membiak. Pun begitu, terdapat beberapa jenis periuk nasi yang mampu membuatkan nasi bertahan lebih lama. Sebaik-baiknya, jangan biarkan nasi dalam periuk nasi semalaman. Cara terbaik untuk membuatkan nasi bertahan lebih lama adalah dengan mematikan suis periuk nasi selepas lima jam dan dipindahkan ke dalam bekas tertutup. Bagi menjadi nasi tetap enak, kita tidak disarankan untuk menggunakan periuk nasi untuk memanaskannya kembali sebaliknya kaedah mengukus adalah lebih baik. Mengukus dapat membuatkan nasi menjadi lebih segar dan enak dimakan seperti ia baharu dimasak. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!