SETIAP rumah memiliki aroma yang tersendiri. Hal ini ternyata mempengaruhi banyak faktor seperti cara anda membersihkan rumah, menyimpan barang, peredaran udara dan sebagainya. Jangan pandang remeh dengan aroma rumah kerana ia terbukti dapat memberikan anda ketenangan, membantu mengawal emosi dan meningkatkan semangat sepanjang hari. ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri di rumah, cipta suasana ala spa dengan hanya 5 langkah mudah Ramai yang tertanya bagaimana untuk menghilangkan bau busuk dalam rumah kepada suasana menyegarkan tanpa memerlukan kos tinggi. Senang! Ada lima cara mudah yang boleh anda ikuti untuk membuatkan rumah anda wangi dan menyegarkan; 1. Bersihkan tong sampah Benda paling utama yang perlu anda memberi fokus adalah tempat pembuangan iaitu tong sampah. Ini adalah untuk menghilangkan bau yang tidak sedap seperti sisa makanan, kulit buah, barang basah dan sebagainya. Anda perlu kerap gantikan plastik sampah dan basuh tong sampah supaya ia tidak mendatangkan apa-apa bau. 2. Sapu sampah dan mop lantai Kerap lakukan ini walaupun anda tidak melihat sebarang sampah atau habuk dengan mata kasar. Kerja pembersihan ini sememangnya sangat membantu untuk mengekalkan rumah anda berada dalam keadaan kemas, bersih dan menyegarkan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menghilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah anda. 3. Bersihkan karpet Jika anda mempunyai karpet di rumah pastikan anda sentiasa menghilangkan debu dan kotoran di atas karpet itu. Sebaiknya anda mencucinya dan menggunakan vacum bagi mengeringkannya dengan secepat mungkin agar carpet anda tidak meninggalkan bau kepam. Dalam pada itu, anda juga perlu bersihkan bawah permaidani dengan menyapu atau mop lantai tersebut untuk menghilangkan kotoran dan bau. 4. Memelihara tanaman dalam rumah Selain fokus kepada pembersihan rumah, anda juga boleh mencari sesuatu untuk menambahkan bau tenang dan menyegarkan di dalam rumah. Antaranya, anda boleh memelihara tanaman bagi membantu mengurangi stres, mempengaruhi mood positif dan paling penting membuatkan rumah anda menjadi lebih wangi dan segar. Terdapat banyak jenis tanaman yang memiliki aroma menyenangkan contohnya seperti bunga lili, melati, gardenia dan tanaman lain. 5. Lilin aromaterapi Untuk menambahkan keharuman rumah anda, lilin aromaterapi adalah salah satu cara yang membuatkan rumah anda sentiasa wangi. Aroma ini juga boleh mengikut citarasa anda sendiri. Caranya mudah sahaja anda boleh letakkan lilin ini di ruang tamu, bilik tidur, kawasan dapur dan ruangan tertentu yang anda rasa memainkan peranan penting. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!