suria

Takut jarum suntikan disebabkan fobia... Ketahui 3 cara mengatasinya

Ketakutan terhadap jarum suntikan bukan sahaja boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

ANTARA penyebab ada segelintir individu tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 kerana fobia terhadap jarum suntikan.

Fobia ini dalam dunia perubatan dikenali sebagai trypanophobia dan masalah ini tidak hanya dialami oleh kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Keliru jarum vaksin ditukar, ini penjelasan sebenar mengenainya!

Terdapat beberapa tanda dan penyebab seseorang fobia terhadap jarum suntikan, termasuklah;



Ketakutan terhadap jarum suntikan juga dikenali sebagai trypanophobia.

1. Pening kepala

2. Pengsan

3. Gelisah

4. Sukar tidur

5. Berasa cemas

6. Serangan panik

7. Tekanan darah meningkat

8. Degupan jantung menjadi laju

Kebiasaannya tanda-tanda ini berlaku apabila seseorang itu tahu akan disuntik malah ia boleh menyerang beberapa hari sebelum berjumpa doktor.

Sehingga kini, pakar tidak mengetahui punca seseorang mengalami fobia terhadap jarum suntikan tetapi terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada fobia itu seperti pengalaman buruk atau trauma, mendapat informasi negatif mengenainya termasuk ditakut-takutkan sejak kecil.

Terdapat beberapa cara menghilangkan fobia jarum suntikan terutamanya bagi yang didiagnos dengan trypanophobia.



Terdapat cara untuk mengurangkan fobia terhadap jarum suntikan.

1. Terapi kognitif

Terapi ini dilakukan dengan memahami ketakutan terhadap jarum suntikan dan mencari titik penyelesaian paling baik buat penderitanya.

Ini termasuklah sesi terapi bagi mengendalikan rasa takut yang menguasai fikiran dan perasaan.

2. Terapi pendedahan

Terapi ini mirip dengan kognitif tetapi dengan memfokuskan terhadap mengubah respon fizikal dan mental pesakit.

Kebiasaannya terapi ini dilakukan secara berperingkat seperti menunjukkan foto jarum suntikan, pesakit berdiri dekat dengan jarum, memegang dan membayangkan diri disuntik.

3. Terapi ubat

Terapi ubat biasanya diberikan kepada penderita fobia itu bagi mengurangkan gejala fobia. Kebanyakan pesakit akan sembuh dan rasa takut terhadap jarum suntikan akan berkurangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain