PASTI ada di antara kita yang minum kopi pada waktu pagi untuk membantu rasa segar serta memberikan suntikan tenaga sebelum menjalani aktiviti harian yang padat, bukan? Bagaimanapun ada juga yang tetap rasa lesu dan mengantuk meskipun sudah minum bergelas-gelas kopi.ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 10 fakta unik tentang kopi, boleh jadi punca perceraian! Mengapa keadaan itu berlaku? The Insider melaporkan, terdapat tiga sebab kopi tidak memberi kesan kepada seseorang. 1. Faktor genetik Kebiasaannya selepas 45 minit, kafein akan mula meresap ke dalam tubuh yang kemudiannya, molekul kafein akan bertindak dengan otak. Namun bagi sesetengah orang, molekul kafein akan mengikat reseptor dengan adenosin, neurotransmitter yang mendorong tubuh untuk tidur. Tindakan ini menghalang adenosin mencapai reseptor tersebut yang membuatkan rasa mengantuk. Genetik memainkan peranan dalam sensitiviti kafein kerana ia menentukan efektif reseptor adenosin dapat mengikat molekul kafein. Ini termasuk tempoh seseorang merasa kesan kafein yang turut bergantung kepada genetik seseorang. Faktanya, dalam sebuah kajian pada 2011 mendapati hampir 10 peratus orang memiliki genetik yang membuatkan mereka hiposensitif terhadap kafein. Keadaan ini membuatkan tubuh mereka tidak merasakan kesan kafein meskipun minum dalam jumlah yang banyak. 2. Toleransi terhadap kopi Pasti ada yang tetap mengantuk meskipun sudah minum kopi bergelas-gelas, bukan? Ini mungkin disebabkan tubuh seseorang telah bertoleransi terhadap kopi. Apabila seseorang terus-menerus minum kopi dengan kuantiti yang banyak, tubuh akan menjadi kurang sensitif terhadap kesannya. Jadi cuba ubah tabiat pengambilan kafein dalam jumlah sederhana malah kita disarankan untuk mengambil 400 ml kopi sehari iaitu sama dengan empat cawan. 3. Terlalu letih, tertekan Jika seseorang masih berasa mengantuk dan lesu selepas minum kopi, itu mungkin kerana anda memang benar-benar dalam keadaan letih dan tertekan. Ketika seseorang dalam keadaan letih yang ekstrem, kafein mungkin tidak cukup membuatkan seseorang itu terjaga kerana tubuh memerlukan rehat. Sebaik-baiknya, berhenti memaksa diri dengan minum kopi sebaliknya cuba dapatkan rehat yang diperlukan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!