SEKIRANYA tidak dibersihkan secara kerap, kediaman kita boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria. Menurut Society for General Microbiology, bakteria boleh membiak setiap 20 minit pada suhu yang tepat. Sebuah kajian pada 2016 turut mendapati lebih daripada 340 jenis bakteria ditemui pada 30 objek berbeza yang telah tercemar di dalam rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Sembur pewangi paling mahal sekali pun, rumah tetap bau kepam jika tak buat 5 perkara ini Healtline melaporkan tidak semua bakteria itu berbahaya namun ada beberapa jenis daripadanya boleh mendatangkan penyakit seperti Staphylococcus aureus, Salmonella, Escherichia coli, atau E. coli. National Sanitation Foundation (NSF) pula dalam kajiannya mendapati tempat adanya sumber makanan memiliki lebih banyak bakteria berbanding ruangan lain dalam rumah. 1. Dapur Ada beberapa jenis peralatan di dalam dapur yang perlu dibersihkan secara berkala seperti peti ais, meja, sinki dan sebagainya. Penggunaan pencuci anti bakteria atau tisu dengan kandungan alkohol dapat membantu membunuh bakteria dan kuman pada permukaan terbuka di dapur anda. 2. Bilik air Tidak hairan jika bilik air terdapat pelbagai bakteria dan kuman sebabnya ia memiliki kelembapan paling tinggi berbanding ruang lain di rumah. Tidak hanya memfokus kepada mencuci lantai, kita juga perlu kerap membersihkan sinki, paip serta barangan mandian anda seperti botol syampu dan berus gigi agar ia tidak dijangkiti kuman. 3. Mesin basuh Jangan tak tahu, mesin basuh adalah 'ladang' tempat kuman dan bakteria hidup dengan subur. Jadi pastikan mesin basuh anda sentiasa dibersihkan selain elak membiarkan pakaian yang telah dicuci ditinggalkan dalam tempoh lama dalam mesin. Jika dibiarkan, kuman akan segera melekat pada pakaian anda dan sebab itu ia mudah berbau busuk dan terdapat tompokan hitam pada pakaian anda. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!