UNTUK anda yang suka memasak dan bercucuk tanam, jangan terburu-buru membuang bahan-bahan sisa di dapur. Ini kerana ada beberapa di antaranya bermanfaat untuk tanaman anda. Mengumpulkan sisa sampah boleh memberi keuntungan kepada anda termasuk mengurangkan sampah serta membuatkan tanaman subur dengan cara semulajadi.ARTIKEL BERKAITAN: Udara segar dijual RM450 sebotol, cuci lubang hidung salah satu syarat penggunaan... anda mahu beli? Ini kerana bahan yang dibuang itu ada di antaranya mempunyai kandungan mineral dan komponen lain yang dapat memberi manfaat kepada tanaman anda. 1. Kulit pisang Ia kaya dengan potasium, kulit pisang boleh menjadi baja untuk tanaman. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan merendam kulit pisang dalam air selama 24 jam sebelum menyiram airnya pada tanaman anda. 2. Kulit telur Kulit telur mengandungi banyak kalsium dan sering dijadikan sebagai penyelesaian untuk menyuburkan tanaman yang mudah mati seperti tomato. Caranya mudah, hancurkan kulit telur dan tabur ke dalam pastu tanaman anda. 3. Serbuk kopi Serbuk kopi dapat mengubah pH tanah dan tahap keasidannya lebih tinggi untuk tanaman seperti bunga mawar dan tomato. Serbuk kopi yang telah digunakan boleh direndam ke dalam air atau menabur serbuknya terus ke dalam pasu. 4. Teh hijau Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang sebaliknya campurkan dua liter air ke dalam teh dan gunakan airnya untuk disiram dalam tanaman anda. 5. Kulit bawang putih, merah Kulit bawang merah dan putih juga boleh digunakan sebagai baja. Rendamkan semua kulit itu ke dalam air dan biarkan selama tiga, empat hari sebelum digunakan untuk menyiram tanaman. Kulit bawang kaya dengan potasium, kalsium dan zat besi yang dapat membantu tanaman tumbuh dengan lebih kuat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!