suria

Jangan panik tangan terkena super glue, 3 cara ini dapat tanggalkannya dengan mudah!

Ada cara tanggalkan gam kuat sekiranya ia terkena pada tangan.

GAM kuat atau super glue mempunyai banyak kegunaan kerana ketahanannya terutamanya pada kayu, plastik mahupun besi.

Bagaimanapun, ia harus digunakan secara berhati-hati kerana sekiranya gam itu terkena pada kulit ia sukar ditanggalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus buang... 5 jenis sampah dapur ini boleh jadi baja tanaman

Apatah lagi, gam ini kebiasaannya mengandungi sianoakrilat yang mudah kering sehingga sukar dibilas dengan air.

Jika ia cuba ditanggalkan secara paksa, kulit boleh mengelupas dan menyebabkan kecederaan terutamanya pada kulit tangan yang nipis.

Pakar dermatologi, John Anthony memberitahu gam ini sebenarnya tidak beracun atau membahayakan justeru anda tidak perlu panik sekiranya ia melekat pada kulit.

Anthony menjelaskan terdapat pelbagai cara untuk menghilangkannya dengan mudah dan selamat.

Malah Anthony memberitahu elak menggunakan benda tajam seperti pisau atau gunting untuk menanggalkan gam yang melekat dan sebaik-baiknya gunakan tiga cara ini.



Paling penting jangan panik apabila tangan terkena gam kuat.

1. Air suam dan sabun

Cuci tangan yang terkena gam itu menggunakan air suam dan sabun. Kemudian gosok perlahan-lahan pada bahagian terkena gam agar ia menjadi lembut.

2. Sikat

Bagi memudahkan gam tertanggal, gunakan sikat yang digosokkan di atas kesan gam bagi membolehkan ia tertanggal daripada kulit.



Cuci tangan menggunakan air suam dan sabun.

3. Losyen

Selepas merendam tangan dalam air suam dan sabun, sapu losyen atau bahan berminyak lain di atas kesan gam sebelum diurut perlahan-lahan.

Lama-kelamaan gam itu akan menjadi lembut dan akan tertanggal dengan sendirinya. Ini kerana, minyak dapat memecahkan ikatan sianoakrilat yang terdapat dalam gam kuat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain