TIDAK dinafikan kad kredit memudahkan urusan kita melakukan pelbagai transaksi terutamanya pembelian secara dalam talian. Ini termasuklah sekiranya sesuatu pembelian itu memerlukan kita membayar dalam harga yang agak besar, jadi lebih mudah menggunakan kad kredit tanpa perlu membawa wang tunai.ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam ada! ImamConnect platform servis berlandaskan Islam sedunia... pakar Malaysia pun terbabit sama Namun begitu, kemudahan itu perlu disertakan dengan penggunaan yang bijak kerana ia boleh membebankan jika ia tidak dikawal dan menyebabkan seseorang terbeban dengan hutang. Selain itu, ada pula beberapa keadaan di mana kita sebaik-baiknya tidak menggunakan kad kredit sebagai alat pembayaran termasuklah; [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 1. Pembelian di laman web tanpa 'https' Jika sesebuah laman web yang dikunjungi tidak menggunakan format 'https' di awal domain, ia membawa maksud laman web itu tidak selamat. Elak membuat pembayaran menggunaakn kad kredit di laman web tersebut. Ini kerana https adalah protokol sebagai komunikasi selamat melalui jaringan komputer yang memberi perlindungan privasi serta data. Dalam keadaan ini, pembayaran melalui pihak ketiga seperti PayPal adalah lebih selamat. 2. Emel Ketika membuka emel adalah lebih baik tidak memberikan sebarang informasi kad kredit kerana ada pihak tidak bertanggungjawab akan menggunakan teknik phishing atau spear pishing yang mereka emel untuk mengekstrak nombor kad kredit untuk pembelian tidak sah. Sebelum menekan sesuatu pautan di dalam emel, cari petunjuk phishing seperti kesalahan ejaan, penggunaan bahasa Inggeris yang aneh atau penggunaan logo yang tidak jelas. 3. Pembelian menerusi telefon Elakkan memberi informasi kad kredit kepada seseorang tidak dikenali menerusi telefon. Sebabnya, kita tidak mengetahui apa niat sebenar pemanggil. Dalam kebanyakan cubaan menipu orang ramai, pemanggil akan mencatat angka atau informasi pada kad kredit dan dapat digunakan oleh pihak ketiga. 4. Pembelian dalam talian Peniaga dalam talian yang diragui statusnya termasuk tidak memiliki ulasan atau media sosial sebagai rujukan, sebaik-baiknya elak lakukan pembelian. Harus diingat, maklumat-maklumat tersebut adalah cara efektif untuk mengukur reputasi sesebuah perniagaan dalam talian, jadi fikir sebelum membuat sesuatu pembelian. 5. Pembelian lebih daripada pendapatan Gunakan kad kredit untuk kemudahan ketika kecemasan dan bukannya mengikut nafsu dan melebihi pendapatan bulanan. Ia akan memberi akibat buruk kepada pemilik termasuk bebanan hutang serta bunga dikenakan pihak bank sekiranya ia gagal dilunaskan tepat pada waktunya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!