KURANG dua minggu dari sekarang, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun dalam situasi terkini di mana tempoh pandemik masih belum menunjukkan tanda-tanda reda, nampak gayanya tradisi pulang ke kampung untuk berhari raya mungkin terpaksa dilupakan. Begitu juga aktiviti wajib kunjungan dari rumah ke rumah, tradisi mengumpul duit raya, bersalam-salaman terpaksa dihadkan memandangkan kekangan prosedur operasi standard (SOP). Dalam pada mematuhi SOP, adalah tidak bermakna jika kita terpaksa menghabiskan masa dengan hanya duduk di rumah dan tidak berpeluang untuk bertemu sanak saudara serta sahabat handai. Kini segala-galanya menjadi lebih mudah dengan inovasi terbaharu Huawei dalam memastikan penggunanya kekal terhubung menerusi ciptaan berteknologi mapan. Terbaharu, syarikat teknologi gergasi itu dengan bangganya menampilkan produk terkini iaitu siri Huawei Vision S. Apa itu Huawei Vision S? Huawei Vision S hadir dalam dua variasi iaitu 65 inci dan 55 inci, pada harga masing-masing RM 2,999 dan RM 3,999. Namun ia bukan sekadar skrin televisyen biasa. Huawei Vision S menawarkan pengalaman skrin besar, komunikasi tanpa batasan dan hiburan yang maksima kepada pengguna apabila ia direka berdasarkan strategi Huawei Seamless AI Life dan konsep 1+8+N. Band 4 sedia untuk dimenangi dengan pembelian Huawei Vision S. Banyak lagi ciri-ciri menarik dan hebat mengenai buah tangan terbaharu dari Huawei ini. Jom semak mengapa siri Huawei Vision S bakal menjadi pilihan ramai.1. Sebanyak 10 unit Band 4 bernilai RM139 untuk dimenangi dengan pembelian Huawei Vision S Caranya cukup mudah! Anda hanya perlu membuat pembelian Huawei Vision S di Huawei Store, kongsikan pengalaman serta gambar bersama Huawei Vision S sebelum 31 Mei. Mungkin anda pembeli bertuah yang bakal memenangi Band 4. Pemenang akan diumumkan pada 8 Jun. 2. Kekal berhubung dengan yang tersayang - Siri Huawei Vision S membuatkan yang jauh terasa dekat dengan teknologi Huawei MeeTime 1080p berdefinisi tinggi. - Pengguna menikmati pengalaman panggilan video secara langsung berdefinisi tinggi 1080p, menawarkan kualiti video yang lancar dan jelas seolah-olah anda bersemuka dalam dunia nyata. - Boleh mengambil gambar kumpulan (group photo) yang menakjubkan dengan home camera! Kamera magnetik 13MP boleh diputar hingga 180 darjah, ia juga dapat dipasang dan dikeluarkan dengan mudah. 3. Merasai pengalaman skrin besar seperti di stadium! - Dilengkapi dengan paparan 120Hz, Huawei Vision S memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan dan mengagumkan mengikut keselesaan di rumah anda. - Smart Screen ini juga dilengkapi dengan Advanced Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) yang menawarkan paparan menyeluruh dan menjamin hasil paparan sempurna. - Kini anda bakal merasai perlawanan bola sepak dan perlumbaan F1 sebenar seperti di stadium dan juga di litar. 4. Huawei Sound 10W Quad-Speaker - Pembesar Suara Frekuensi Penuh dan dua Pembesar Suara Frekuensi Tinggi termasuk rongga suara satu liter. - Dengan pembesar suara quad sehebat ini, siri Huawei Vision S mampu menawarkan pengalaman tontonan dengan sistem audio setanding di pawagam tanpa mengira jenis kandungan yang disiarkan di Smart Screen. 5. Kawalan dengan hanya menggunakan telefon pintar - Siri Huawei Vision S disertakan teknologi paparan OneHop, membolehkan anda melihat kandungan telefon pintar pada paparan yang lebih besar. - Dengan satu sentuhan pada telefon pintar Huawei menghala ikon Saham Huawei menggunakan alat kawalan jauh Smart Screen, paparan telefon pintar tersedia di Smart Screen dalam sekelip mata! - Memudahkan proses navigasi kandungan di Smart Screen, pengguna boleh menatal ke kiri dan kanan menggunakan telefon pintar menerusi fungsi kawalan pintar. - Dengan fungsi ini anda tidak perlu membazir masa menekan butang alat kawalan jauh satu demi satu. 6.Privasi terjamin - Setiap kali menggunakan Huawei Vision S, ia akan disambungkan terus dengan telefon pintar dan pengguna boleh memilih untuk menyembunyikan semua notifikasi dari skrin Huawei termasuk panggilan masuk, mesej, dan lain-lain. 7. Semuanya di hujung jari anda - Perkhidmatan Huawei Video menyediakan lebih dari 10,000 jam kandungan yang menampilkan rancangan hiburan dari stesen tempatan terkemuka seperti Astro, Media Prima dan stesen penyiaran antarabangsa - Berjuta-juta pilihan lagu di Huawei Music - Aplikasi Doc2Us yang membolehkan pengguna merancang konsultasi kesihatan dan penjagaan diri hanya di hujung jari. Terdapat beberapa lagi aplikasi seperti Kuali, Kaodim selain permainan video. Semua aplikasi hanya di hujung jari. Jadi, apa ditunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sesuatu yang hebat dan berbaloi, umpama inovasi pemikiran di luar kotak! Rasai pengalaman nyata menggunakan siri Huawei Vision S di Huawei Experience Store (HSE) terpilih. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Huawei Store Online, Facebook dan YouTube Huawei Malaysia. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!