suria

Ambil kira 5 perkara ini sebelum beli cat, jangan sampai menyesal!

Kerja mengecat rumah juga perlu mempunyai perancangan agar hasilnya mengagumkan.

MENJELANG Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai yang mula sibuk merancang untuk mengecat rumah agar kelihatan baharu dan ceria.

Pemilihan warna dinding yang tepat sangat penting kerana ia dapat membantu menciptakan suasana menyenangkan sekaligus dapat meraikan hari raya dengan gembira.

Bagaimanapun, sebelum mengecat ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu agar hasilnya seperti diinginkan.

1. Tentukan warna

Memilih warna yang tepat sebenarnya bukan tugas mudah. Terdapat pelbagai warna sehingga menyukarkan kita membuat pilihan.

Bagaimanapun, sebelum menentukan warna, lihat keadaan ruang yang ingin dicat - perhatikan warna perabot dan hiasan lain serta tentukan warna diinginkan agar ia selari dengan barangan sedia ada.

2. Faktor cahaya

Kualiti cahaya di dalam rumah menjadi faktor penting sebelum memilih warna cat kerana ia mampu menyerlahkan warna dipilih. Sekiranya kurang pencahayaan, elakkan memilih warna gelap.

3. Keadaan dinding

Sebelum memulakan proses mengecat, periksa dinding sama ada terdapat sebarang keretakan, lubang atau kesan cat tertanggal sebelum menyapu cat.

Tampal lubang-lubang yang ada serta kikis cat yang tertanggal agar dinding kelihatan rata sebelum dicat.

4. Lindungi perabot

Ketika mengecat, tutup perabot anda dengan plastik agar percikan cat tidak terkena pada barang kesayangan anda.

5. Tukang cat profesional

Jujurnya kerja mengecat bukan perkara mudah dan ia boleh menjadi proses memenatkan apatah lagi di bulan puasa. Bagi mendapatkan hasil yang baik, apa kata gunakan khidmat profesional bagi mendapat hasil yang menjanjikan kepuasan.

Artikel Lain