KETIKA membersihkan dapur pasti kita akan mengalihkan barangan elektronik termasuk peti sejuk bagi mencapai kotoran tersembunyi di belakangnya. Namun hati-hati, menggerakkan peti ais atau ketika proses memindahkannya ke ruang atau lokasi lain boleh menyebabkan alatan itu mengalami kerosakan.ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kira 5 perkara ini sebelum beli cat, jangan sampai menyesal! Paling penting, ketika mengalihkan peti sejuk ke tempat lain, pastikan suis ditutup dan tidak terus dihidupkan selepas ia diletakkan kembali ke tempat asalnya. Mengapa perlu begitu? Peti ais mempunyai komponen yang sangat sensitif dan dapat menimbulkan masalah apabila tidak dipindahkan dengan betul. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sekiranya peti ais diangkat menggunakan lori, pasti sepanjang perjalanan ia bergoncang dan membuatkan ia lebih sensitif. Itu belum diambil kira jika ia diangkat secara mengiring yang boleh membuatkan minyak di dalam kompresor bocor ke dalam sistem pendinginan selain menimbulkan masalah tersumbat. Jadi selepas ia dipindahkan ke tempat baharu, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu dan sebaik-baiknya 6-12 jam sebelum boleh dihidupkan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!