MENJELANG sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai daripada kita yang sedang sibuk menyiapkan pelbagai persiapan seperti membeli baju baharu, membuat biskut raya dan tak kurang ada yang mengecat rumah agar kelihatan ceria di pagi Syawal. Antara tradisi wajib lain setiap kali tibanya hari raya, pasti ramai antara kita yang ternanti-nantikan iklan raya sama ada yang mencuit hati atau menggamit memori dalam menaikkan lagi perasaan teruja menyambut Aidilfitri.ARTIKEL BERKAITAN: Kebaikan kecil bawa perubahan besar... calonkan hero anda untuk Star Golden Hearts Award tahun ini Ia adalah satu detik tahunan yang kita nantikan kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuat kita ketawa atau menitiskan air mata. Apatah lagi tahun ini, kita sekali lagi tidak dapat merentas negeri bertemu keluarga di kampung memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda. Jadi, iklan raya sudah tentu dapat mengubat kerinduan. Senheng turut tampil dengan iklan raya berjudul Raya Penuh Bermakna. Atas dasar itu, Kumpulan Star Media (SMG) telah mengumpulkan beberapa video raya terbaik tahun 2021 dalam memberi penghormatan kepada iklan perayaan yang menghiburkan namun mengangkat pelbagai makna yang mencerminkan maksud sebenar Aidilfitri. Setakat ini lebih 30 iklan raya terbaik telah dihimpunkan melibatkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuklah Standard Chartered (Here With You Every Step Of The Way), Maxis (Raya Si Sakan), Watsons (#RayaUnikRayaIkonik), Hong Leong Bank (Suara-Suara Raya Bersama Buskers Malaysia), RHB Sempurna) dan Julies (Ini Iklan Raya Tau?).Selain itu, SMG turut menerima penyertaan daripada Etiqa menerusi Balik Tanjung Mana?, MBSB (Seerat Jalinan, Semesra Ikatan), Mah Sing (Kunci Hati), Taylor's University (Maaf), LBS Bina Group (Raikan Rezeki Bersama LBS), Power Root (Power Root Raya 2021) dan Mr DIY (Kerana Azman). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tidak ketinggalan iklan raya daripada Yakult (Throwback Rayakult), Linaco (Remember The Forgotten), Acson (Semangat Raya Kekal Di Hati), Vanilla Millie Crepe (It’s An All Malay-Sian Happy Raya!), Senheng (A Memorable, Meaningful Raya), Herbalife (Beria - Raya Penuh Tenaga!), Nippon Paint (Nippon Paint VirusGuard: Perlindungan Untuk Seisi Keluarga) dan COURTS (Raya Ni Tak Best!). Tidak terhenti di situ, semua masyarakat Malaysia turut dijemput untuk memilih iklan Hari Raya paling menarik tahun ini selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bersempena Aidilfitri. Cara-cara mengundi iklan Raya terbaik tahun ini di The Star. Ikuti sahaja empat langkah mudah untuk mengambil bahagian. Langkah 1 - Kunjungi laman berikut; Malaysia’s Most Engaging Raya Video Langkah 2 - Tonton kompilasi iklan Hari Raya kami. Langkah 3 - Pilih dan undi tiga video terbaik yang mencuri perhatian anda, memberi inspirasi atau membuat anda menangis. Langkah 4 - Jawab soalan ringkas selepas mengundi tiga video terbaik dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Kumpulan Star Media Anda boleh kembali dan memilih seberapa banyak yang anda mahukan sepanjang tempoh kempen bermula. Pengundian bermula pada 6 Mei 2021 dan berakhir pada 20 Mei 2021 manakala iklan raya terbaik dan pemenang akan diumumkan pada 28 Mei 2021. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan video pilihan mana yang bakal menjadi juara. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!