suria

Dah selalu mengemas, bau kurang enak tetap ada! Ketahui 6 punca buatkan rumah anda berbau

Rumah yang selesa bukan sekadar bersih tetapi mempunyai bau segar.

MEMILIKI rumah yang selesa dan berbau segar dapat memberikan ketenangan kepada penghuninya apatah selepas seharian penat bekerja.

Namun walaupun kita rajin mengemas rumah tetapi perasan tak masih ada bau kurang enak muncul dari rumah kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kira 5 perkara ini sebelum beli cat, jangan sampai menyesal!

Daripada sibuk menyembur pewangi rumah, ada baiknya semak beberapa perkara ini yang mungkin menjadi penyebab munculnya bau kurang enak itu.

1. Tempat pembuangan sampah

Ramai daripada kita yang kurang peka terhadap pengurusan sampah dan membiarkan bekasnya terbuka dan tidak dibersihkan selepas sampah dibuang.

Sebaik-baiknya, buang sampah setiap hari dan cuci bekasnya sebelum meletakkan plastik sampah yang baharu. Mencuci bekasnya dapat menghilangkan bau busuk yang menempel pada bekas tersebut.

2. Pakaian basah atau kotor

Jangan letakkan bakul baju kotor anda di dalam bilik atau ruang terbuka kerana pakaian lembab dan kotor akan mengeluarkan bau menerusi wap yang dilepaskan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Tempat tidur

Ada pepatah menyebut kita tidak akan dapat tahu tentang bau bilik sendiri seperti mana kita tidak boleh menghidu bau badan sendiri.

Cadar biasanya akan cepat berbau kerana ia terkena minyak dan peluh tubuh, benda asing yang menghinggap. Jadi sebaik-baiknya, cuci cadar seminggu sekali dan lihat perbezaannya.

4. Mesin basuh

Peralatan ini sebenarnya antara punca rumah berbau kerana ia sentiasa bersentuhan dengan air yang dapat menimbulkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang menyebabkan bau busuk.

Untuk mencegah hal ini, gunakan campuran cuka putih dan serbuk penaik untuk mengelap bahagian yang tumbuh bakteria dan kulat.

5. Saluran air

Saluran air adalah penyebab utama bau busuk di dapur kerana adakalanya terdapat kotoran yang terperangkap di dalamnya. Bersihkan saluran itu dengan menuang air panas ke dalamnya.

Jika perlu tambahkan beberapa bahan lain seperti lemon, serbuk penaik dan cuka putih bagi membersihkan saluran itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain