YES milik YTL Communications mengumumkan pelan dibawah inisiatif Jaringan PRIHATIN kerajaan yang bakal membekalkan telefon dan data percuma untuk keluarga dan individu daripada golongan B40 selama satu tahun. Terdapat dua pelan YES PRIHATIN untuk rakyat B40: YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! YES Kasi Up tawar 40GB data percuma untuk pengguna B40, jom tuntut sekarang Dengan subsidi Jaringan PRIHATIN, kedua-dua pelan tersebut menyediakan telefon, data dan akses kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma, kesemuanya bagi tempoh satu tahun tanpa sebarang deposit, kontrak mahupun bayaran. Para pelanggan juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM50 untuk pembelian barangan. Kedua-dua pelan tersebut kini boleh didapati di www.yes.my/kasiupB40 dan aplikasi MyYes. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pengumuman daripada YES adalah susulan pelancaran program Jaringan PRIHATIN menawarkan subsidi tahunan bernilai RM300 dan RM180 untuk keluarga dan individu yang didaftar di bawah golongan B40, bagi membantu mereka memiliki peranti dan data yang diperlukan. Ketika mengumumkan butiran lanjut mengenai YES PRIHATIN hari ini, Pengarah Urusan YTL Communications Sdn Bhd, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, pihaknya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Kerajaan bagi membantu golongan B40. Jalinan kerjasama dengan Kerajaan ini katanya membolehkan YTL melipatgandakan impak program telefon dan data percuma Learn From Home untuk golongan B40 yang telah kami laksanakan bersama Yayasan YTL sejak bermulanya pandemik ini. "Matlamat kami bukan sahaja untuk penyelesaian jangka pendek, bahkan juga impak jangka masa panjang yang berterusan. Pelan 12-bulan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah kami membekalkan keluarga-keluarga dengan telefon pintar percuma – langkah pertama untuk membolehkan mereka terus berhubung secara digital. "Kami juga menambahkan data percuma buat tempoh satu tahun, membolehkan mereka untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran, kerja, dan pengusahaan perniagaan mereka. Kami juga percaya bahawa pelan ini semata-mata adalah tidak cukup," katanya. Tambah Yeoh, dengan memberi akses penuh ke kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL untuk kanak-kanak, pihaknya juga memastikan pelajar terus berhubung secara digital dengan sekolah dan pembelajaran. Ini jelasnya sangat penting kerana seluruh negara sekali lagi beralih ke model pengajaran dan pembelajaran atas talian mulai 17 Mei, seperti yang telah diumumkan Kementerian Pendidikan minggu lalu. "Akses ini juga memberikan jaminan kepada para ibu bapa bahawa anak-anak mereka tidak akan tercicir daripada arus pendidikan," tambahnya. YES telah memperjuangkan keperluan untuk membantu rakyat B40 sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 pada Mac 2020, bermula dengan program LearnFrom-Home Yayasan YTL, di mana ianya menawarkan kandungan pendidikan dan data secara percuma kepada semua pelajar di sekolah aliran kebangsaan, dan juga telefon percuma buat para pelajar daripada keluarga B40. Program tersebut kemudiannya diperluas kepada semua mahasiswa Ijazah Sarjana Muda pada Julai 2020, dan seterusnya 230,000 guru di bawah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mulai April tahun ini. Kandungan program Learn from Home Yayasan YTL merangkumi 1,271 pelajaran untuk empat subjek teras – Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains – kesemuanya 3 dibangunkan berpandukan kurikulum kebangsaan dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5. Kesemua pelajaran Learn From Home juga boleh didapati di laman sesawang Yayasan YTL dan aplikasi FrogPlay Mobile App. Aplikasi tersebut juga mengandungi lebih 13,000 kuiz meliputi semua subjek teras, menjadikan proses pelajaran dan ulangkaji lebih mudah buat para pelajar yang memiliki telefon pintar. Sejak program Learn From Home dilancarkan pada 2020, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah mengagihkan lebih 18 juta GB data percuma, 450,000 kad SIM percuma dan 100,000 telefon percuma untuk mereka yang memerlukannya. Untuk maklumat lanjut dan permohonan YES PRIHATIN, sila layari yes.my/kasiupB40 atau hubungi 018 3333 303. Telefon dan kad SIM YES PRIHATIN akan dihantar secara percuma kepada para pemohon yang berjaya. Butiran pelan YES PRIHATIN; Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!