suria

Si dia merayu kembali ke sisinya? Nanti dulu, fikir 5 perkara ini dahulu

Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan semula membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan si dia.

PERBEZAAN pandangan serta kelemahan komunikasi di antara pasangan sering menjadi sesuatu hubungan itu terkandas di tengah jalan.

Tapi peliknya, selepas berpisah ada yang mahu kembali kepada bekas kekasih dan ia bukannya satu kesalahan apatah lagi sekiranya masih ada perasaan cinta di antara pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berwajah lebar dan panjang lebih cenderung berlaku curang, benarkah?

Namun sebelum memutuskan untuk kembali kepada bekas kekasih, cuba pertimbangkan beberapa perkara kerana perasaan cinta sahaja tidak cukup untuk mengikat sesuatu hubungan.

Misalnya kembali berfikir mengapa hubungan itu tidak berjaya dan kedua-dua pihak mengambil keputusan berpisah.

Menurut Pakar Psikologi, Eddie Reece, ada sesetengah orang berasa 'terperangkap' kerana masih mempunyai rasa cinta dan menjadikan ia alasan paling mudah untuk kembali ke pangkuan si dia.

"Emosi biasanya yang akan menghalang kita untuk menjadi waras dan bersikap rasional," katanya.

Apakah perkara yang sepatutnya dipertimbangkan sebelum kembali ke pangkuan si dia?

1. Kenang kembali masa lalu

Orang kata jangan dikenang masa lalu tetapi dalam soal hati dan perasaan perkara ini perlu menjadi pertimbangan apabila sesuatu ikatan yang sudah terputus ingin disatukan semula.

Kata Eddie, ramai yang hanya melihat sisi yang baik tentang hubungan itu dan mengabaikan perkara yang menyebabkan mereka berpisah dan pendekatan itu salah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sisi baik sesuatu hubungan itu tidak penting jika perkara negatif benar-benar buruk," katanya.

Jelasnya, melihat sisi positif tidak akan menghapus fakta bahawa hubungan itu pernah dipenuhi dengan rasa tidak bahagia sehinggakan mengambil keputusan berpisah.

Sebaik-baiknya, senaraikan sisi negatif hubungan itu dan bukannya perkara buruk pasangan dan renungkan apakah keputusan untuk kembali ke pangkuannya benar-benar tepat.

2. Tentukan keinginan sendiri

Sesuatu hubungan itu akan sentiasa berubah dan ketika mempertimbangkan untuk kembali kepada si dia, ketahuilah ia tidak akan menjadi sama seperti dahulu.

Diri sendiri perlu menentukan apa yang diinginkan dan apa yang bekas kekasih inginkan. Jawapannya mungkin ada di situ.

3. Jangan bersandar pada kenangan!

Seseorang mempunyai dorongan yang kuat untuk mempertahankan ikatan dengan bekas kekasih meskipun hubungan itu sudah pun hancur.

Itu adalah fakta daripada sebuah kajian pada 2017 yang diterbitkan menerusi jurnal Social Psychological and Personality Science.

Kajian itu jelas membuktikan kita tidak boleh dikaburi dengan memori ketika membuat sesuatu keputusan dan ia perlu berdasarkan fakta.

4. Semua perkara boleh berubah

Kajian sama turut mendapati hubungan sering berakhir kerana masalah kepercayaan terhadap pasangan seperti si dia yang pernah bermain kayu tiga.

Jika kita ingin memberikan peluang kedua, renungkan apakah mampu menjalani hubungan bersamanya tanpa terdetik kesilapan yang pernah dia lakukan.

5. Bukan kerana sepi

Rasa takut bersendirian bukan alasan yang baik untuk kembali kepada si dia. Sebaliknya, jika ada perasaan ini, belajar untuk menikmati waktu untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain