suria

Tangkap je gambar dapat hadiah sehingga RM65,000! Apa lagi, mari kita rebut peluang dari OPPO ni!

‘Kemanusiaan dan budaya’ merupakan satu daripada tiga kategori yang dipertandingkan dalam peraduan 'OPPO 2121 Malaysia Future Photography'.

PEMANDANGAN indah alam semulajadi seringkali menjadi terapi bagi mereka yang memerlukan ketenangan serta kedamaian jiwa dan minda.

Di kala pepohon yang menghijau memberi kesegaran, laut yang luas membiru serta bunyi deruan ombak putih yang menghempas ke batuan pula memberi semacam ketenangan kepada si pendengar.

Namun sama ada kita sedar atau tidak, bumi kini semakin tercemar dan kita telah kehilangan beberapa khazanah dan budaya yang sangat penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa anda nak kekalkan hingga tahun 2121? Rakam gambar, kongsi di Instagram untuk menang hadiah menarik dari OPPO

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sertai peraduan 'OPPO 2121 Malaysia Future Photography’? Ini tip ambil gambar alam semulajadi, landskap memukau pandangan

Jika tidak ditangani dengan segera kita mungkin akan kehilangan lebih banyak lagi khazanah negara di masa hadapan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menyedari isu ini, pengeluar telefon bimbit terkemuka OPPO dengan kerjasama National Geographic telah melancarkan satu kempen bagi tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melindungi alam semulajadi.

Melalui peraduan 'OPPO 2121 Malaysia Future Photography', orang ramai dijemput untuk bersama-sama merakam gambar satu perkara yang ingin mereka kekalkan sehingga tahun 2121.

Sekeping gambar yang hebat mampu menimbulkan ‘feel’ luar biasa kepada mereka yang melihatnya.

Menurut jurugambar National Geographic, Joel Sartore, gambar yang hebat itu mampu menyelamatkan spesis hidupan liar serta habitat yang mereka perlukan untuk meneruskan kehidupan.

Dia yang banyak menghabiskan masa merakam gambar hidupan liar memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada telefon bimbit OPPO Find X3 Pro bagi merakam potret spesis-spesis hidupan liar yang kini diancam kepupusan.

"Saya berharap agar gambar-gambar ini dapat memainkan peranan, hari ini dan seratus tahun akan datang, dengan memberi inspirasi kepada semua orang untuk sayangkan planet.

"Memandangkan kita perlukan udara yang segar, air bersih dan bumi yang sihat untuk terus hidup, menyelamatkan spesis ini, bermakna kita juga sedang menyelamatkan diri sendiri," ujar Joel Sartore.

Peserta yang ingin menyertai peraduan ini bagaimanapun boleh memilih untuk merakam gambar subjek berdasarkan tiga kategori iaitu alam semulajadi, bandar atau landskap dan kemanusiaan (potret dan budaya).



Beberapa tip penting perlu diberi perhatian apabila merakam gambar berkonsepkan kemanusiaan dan budaya.

Lockdown? Tak boleh keluar rumah? Jangan risau ini beberapa tip untuk mendapatkan gambar dengan intipati kemanusiaan walaupun dengan hanya duduk di rumah.

1. Ambil seberapa banyak gambar tapi simpan hanya yang terbaik

Semakin banyak gambar yang diambil semakin tinggi peluang untuk anda merakam momen terbaik.

Biarkan semuanya berlaku dengan natural dan wujudkan persekitaran yang lebih relaks agar subjek anda berasa selesa untuk menyampaikan kisah mereka.

Ingat, lirikan atau pandangan mata seseorang merupakan kunci untuk mendapatkan feel dalam fotografi.

2- Mencari perspektif yang tepat (peraturan satu pertiga)

Sudut yang unik akan menjadikan gambar itu lebih diingati disamping dapat menghasilkan ilusi kedalaman atau ketinggian pada satu-satu subjek.

Ingat peraturan satu pertiga iaitu bahagikan imej kepada tiga dan posisikan subjek di titik pertemuan di antara setiap garisan.

Kamera sudut ultra-wide 50MP FindX3 Pro memberi lebih fleksibiliti serta pengendalian cahaya dengan lebih tepat sekali gus menjadikannya kamera sudut ultra lebar terbaik dengan fungsi sifar gegaran, warna luar biasa dan suhu yang konsisten.

3. Merakam setiap perincian

Butiran-butiran kecil inilah yang membuat gambar anda bermakna!

Gambar secara closed-up yang lengkap dengan butiran-butiran kecil dapat memberi visual yang penuh dengan emosi dan menyampaikan mesej dengan lebih jelas.

Dengan adanya Microlens FindX3 Pro, objek dapat dibesarkan sehingga 60 kali, merakam butiran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan menemui dunia mikro baharu yang belum pernah dilihat sebelum ini.

4. Manfaat penggunaan cahaya semula jadi

Cahaya semulajadi memberi peluang kepada anda untuk bermain dengan bayangan atau membuat siluet diri sendiri.

Find X3 Pro yang dilengkapi dengan ciri AI Highlight Video mampu beralih di antara Ultra-Night Video dan Live HDR secara automatik dan menyesuaikan keadaan cahaya dalam suasana sebenar.

Ia juga membolehkan anda merakamkan video tanpa perlu bimbang tentang pencahayaan yang berlebihan, backlit scenes dan keadaan cahaya yang lebih baik.

5. Komposisi warna (1 Billion Kamera Warna)



Foto kemanusiaan dan potret dengan perincian serta butiran yang tepat akan menjadikan ia lebih bermakna!

Selain objek, komposisi warna juga memainkan peranan penting terutama sekali dalam membantu menonjolkan elemen penting dalam foto serta memberi feel yang harmoni pada keseluruhan gambar.

Dengan fungsi pengurusan warna 1 billion kamera berwarna, Find X3 Pro boleh merakam serta memaparkan display 64 kali jumlah warna daripada sistem warna 8-bit, seterusnya memastikan warna sebenar boleh dirakam.

Ini menjadikan Find X3 Pro sebagai alat paling mudah untuk jurugambar profesional.

Find X3 Pro juga didatangkan dengan pelbagai ciri dan fungsi lain yang bertujuan memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna. Antaranya:

1. Bateri

Ia dilengkap dengan pengecas tanpa wayar AirWOOC 30W ditambah dengan pengecas flash berwayar SuperVOOC 2.0 65W.

Pengisisan tanpa wayar AirWOOC 30W menawarkan lebih banyak fleksibiliti yang dapat mengecas sepenuhnya FindX3 Pro sehingga 100 peratus hanya dalam 80 minit.

Pengecasan Tanpa Wayar Terbalik 10W, bukan sahaja menjana kuasa dengan sendirinya tetapi juga teknologi lain dengannya.

2. Snapdragon888

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 888 unggulan baharu Qualcomms, FindX3 Pro mampu bertahan terhadap pelbagai jenis permainan.

Ruang wap ultra tipis 0.35mm yang melintasi kawasan motherboard dan bateri, memastikan penggunaan tenaga dapat dijimatkan selain menggalakkan pelesapan haba.

Terima kasih kepada chipset Qualcomm snapdragon 888, FindX3 Pro turut menyokong sambungan 5G.

3. Sistem AI

Membantu pengguna merakamkan gambar dan video yang berkualiti tinggi.

Tangkap LOG telefon ini dilengkapi dengan profil warna Bt.2020

4. ColorOS 11.2

FindX3 Pro dikuasakan dengan ColorOS 11.2 berdasarkan Android 11. Color OS11.2 yang menawarkan ciri sama pada versi sebelumnya selain tambah baik terhadap beberapa cirinya.

Terdapat mod gelap baharu yang sesuai dengan pelbagai aplikasi dan ciri ini dilengkapi Always-on Display yang boleh disesuaikan dengan pelbagai tema.

OPPO Relax 2.0 pula merupakan ciri yang membolehkan anda menggabungkan suara anda sendiri menggunakan set pra-bunyi yang disertakan.

Dari segi keselamatan Color OS11.2 menyokong ciri yang disebut System Cloner, yang pada dasarnya membahagikan telefon kepada dua profil yang berasingan. Setiap profil memerlukan kata laluan yang berbeza, memastikan privasi data pada tahap maksimum.

Terdapat pelbagai penambahbaikan dan peningkatan dalam sistem operasinya termasuk kelancarannya secara menyeluruh selain lebih mesra terhadap aplikasi yang sering digunakan.

Bahagian paling mengujakan tentang FindX3 Pro adalah OPPO turut bekerjasama dengan pakar kesan bunyi Hans Zimmer iaitu pemenang anugerah penggubah nada dering, notifikasi dan penggera.

Jadi tunggu apa lagi. Ikut langkah berikut dan hantar sebelum 25 Jun ini.

Langkah-langkah:

Langkah 1: Pilih kategori tema yang menarik minat anda.

Peserta digalakkan mengambil bahagian dalam lebih daripada satu kategori.

Langkah 2: Ambil gambar asli yang paling sesuai dengan tema yang dipilih.

Langkah 3: Muat naik gambar di Instagram (feed) dengan empat tanda pagar (hashtag). Pastikan anda hanya meletakkan satu tanda pagar bagi setiap post:

i. #DearFuture2121

ii. #MalaysiaFuture2121

iii. Hashtag dari kategori tema pilihan anda seperti yang tertera di bawah.

iv. Hashtag TheStarxOPPO

Langkah 4: Tag @oppomalaysia. Pastikan profil Instagram anda ditetapkan pada mod ‘Public’ agar posting penyertaan dapat dilihat.

Jika anda pengguna OPPO, tambah tanda pagar #shotonOPPO dan pastikan fungsi watermark OPPO (jika ada) di tetapan kamera anda diaktifkan sebelum mengambil gambar.

Untuk maklumat lanjut mengenai FindX3 dan pertandingan Malaysia Future Photography, layari laman web OPPO.

Pelanggan juga boleh melayari laman web OPPO atau Shopee dan Lazada untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPPO FindX3 Pro.

Apa lagi... mari kita rebut peluang ini dan menangi hadiah bernilai sehingga RM65,000

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain