MENGGUNAKAN pewangi dan pelembut pakaian sudah menjadi kebiasaan ketika mencuci pakaian. Bukan sahaja segar dan berbau harum, pelembut pakaian juga dapat menciptakan lapisan pelindung nipis di atas fabrik yang membuatkan ia lembut dan berbau wangi.ARTIKEL BERKAITAN: Ada masalah sukar tidur? Cuba tukar cadar kepada 4 warna ini Bagaimanapun sekiranya ia digunakan secara melulu, pelembut dapat merosakkan pakaian dan terdapat beberapa jenis fabrik yang tidak digalakkan menggunakan produk tersebut. 1. Fabrik berbulu Penggunaan pelembut pakaian pada fabrik jenis bulu adalah sepatutnya tidak berlaku kerana ia adalah material ringan dan lembut secara semula jadinya. Ketika produk itu digunakan, ia boleh menghilangkan tekstur dan fungsinya bagi memanaskan badan. 2. Pakaian renang Pakaian renang biasanya diperbuat daripada bahan sintetik seperti spandeks, lycra, elastane, nilon dan poliester yang tidak sesuai dicuci menggunakan pelembut pakaian. Ini kerana fabrik berkenaan biasanya tidak menyerap air dan cepat kering ketika dijemur. Mencuci pakaian renang dengan bahan itu dapat menyebabkan ia menarik lebih banyak kelembapan yang melambatkan proses pengeringan dan meninggalkan bau hapak berbanding bau harum. 3. Pakaian bersenam Jika ada yang mencuci pakaian bersenam menggunakan pelembut pakaian, hindari mengulanginya kerana kebanyakan pakaian senaman diperbuat menggunakan bahan yang menyerap kelembapan. Sebagai alternatif, gunakan serbuk pencuci enzim yang lebih selamat serta mampu mengeluarkan kotoran degil dengan lebih berkesan. 4. Fabrik linen Ruang kecil di antara benang kain linen mampu menyerap bahan pelembut pakaian dan ia sekaligus merosakkan fabrik. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 5. Pakaian bayi Daripada semua jenis fabrik yang tidak boleh menggunakan pelembut, pakaian bayi dan kanak-kanak adalah paling penting. Ini kerana lilin daripada pelembut fabrik dapat menyebabkan pakaian bayi menjadi kurang ketahanan terhadap api atau haba membuatkan bayi atau kanak-kanak akan berasa rengsa ketika memakainya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!