BAGI yang bercadang membeli peti sejuk yang baharu, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sejurus alatan itu sampai ke rumah anda. Paling penting, suisnya jangan terus dinyalakan dan ada sebab mengapa ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sebelum alat penyejuk makanan ini dihidupkan.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main tuang... Ada 5 jenis fabrik tidak boleh dicampur dengan pelembut pakaian Peti sejuk yang dibeli daripada kedai elektronik biasanya akan menggunakan lori untuk dihantar ke rumah pelanggan. Ketika dalam perjalanan, ada kemungkinan peti sejuk akan bergoyang dan bergoncang dan akibatnya minyak yang terdapat dalam kompresor mungkin boleh mengalami kebocoran dan masuk ke dalam sistem penyejukan alatan itu.Peti sejuk perlu dibiarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum suisnya dihidupkan. Minyak yang bocor ke dalam sistem penyejukan boleh membuatkan peredaran gas freon menjadi tersumbat akibat gegaran yang berlaku. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Jadi sekiranya peti sejuk terus dinyalakan sebelum minyak dalam kompresor kembali ke tempat asalnya, ia boleh menyebabkan alatan itu rosak disebabkan masalah tersumbat. Atas sebab itu, peti sejuk yang baru sampai ke rumah perlu dibiarkan terlebih dahulu dalam posisi menegak sebelum dinyalakan. Tempoh yang paling baik sebelum suis dinyalakan adalah 24 jam bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku apatah lagi harga sebuah peti sejuk bukanlah murah dan mencecah ribuan ringgit! Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!