MESKIPUN tergolong sebagai haiwan yang aktif dan ceria, adakalanya kucing juga boleh menjadi sangat pendiam dan suka menyendiri malah enggan memandang tuannya. Jika melihat si bulus tiba-tiba berubah sikap, kemungkinan ia ingin menyampaikan atau merasakan sesuatu.ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu usia kucing anda... beruban, mata keruh antara cara mengetahuinya Ada beberapa perkara yang menyebabkan kucing tiba-tiba menjadi pendiam. Berikut adalah antaranya; 1. Kehadiran haiwan peliharaan baharu Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin. Ketika rutinnya terganggu, ia boleh menimbulkan perasaan kurang senang termasuk bertukar pendiam jika ada kucing lain masuk dalam kawasannya. Situasi itu juga boleh menyebabkan kucing berasa panik, bingung, rasa terabai oleh tuannya. Jika anda melihat kucing kesayangan anda duduk sendirian di satu sudut, kemungkinan ia berusaha menyembunyikan perasaaan sedihnya kerana tidak tahu bagaimana menyesuaikan diri. 2. Berpindah rumah Persekitaran baharu juga boleh membuatkan kucing berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan terutamanya apabila berpindah rumah. Memandangkan kebiasaan persekitarannya telah berubah, kucing lebih gemar menyendiri kerana tidak tahu apa harus dilakukan dengan perubahan yang berlaku. 3. Sedang bersedih Kucing adalah seekor haiwan yang mempunyai ikatan kuat dengan manusia serta haiwan yang lain. Ketika kucing kehilangan teman bermain atau orang yang menjaganya dengan penuh kasih sayang, ia juga boleh merasakan kesedihan. Kesedihan itu turut memberi kesan kepada emosinya dalam satu tempoh termasuk perubahan sikap seperti menjadi pendiam dan suka menyendiri. 4. Ketegangan Suasana negatif dalam rumah seperti pertengkaran suami-isteri atau pergaduhan adik-beradik turut membuatkan kucing peliharaan menjadi tertekan. Ini kerana kucing adalah makhluk yang sukakan kedamaian dan dapat merasakan sesuatu konflik. Jalan terbaik adalah ia akan berdiam diri dan menjauhkan diri daripada punca konflik. 5. Penyakit Gangguan emosi dan persekitaran bukanlah satu-satunya punca kucing menjauhkan diri. Perilakunya itu boleh disebabkan ia sedang menanggung kesakitan atau penyakit. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kucing mungkin mengalami penyakit serius seperti masalah buah pinggang, diabetes atau keradangan sendi. Apa pun penyebabnya, membawanya berjumpa doktor veterinar adalah jalan terbaik. Jika kucing peliharaan tiba-tiba menjadi pendiam, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan memberikan perhatian ekstra kepadanya. Ajak sahabat bulu bermain dan menghabiskan waktu bersamanya lebih lama. Dengan cara ini, ketegangan, rasa cemas dan perkara-perkara negatif dialaminya dapat berkurangan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!