TAHUKAH anda bahawa serbuk pencuci baju tidak hanya membersihkan pakaian tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara? Ia juga berkesan untuk mencuci pelbagai benda di dalam rumah anda malah menjimatkan wang tanpa perlu membeli bahan pencuci lain.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main tuang... Ada 5 jenis fabrik tidak boleh dicampur dengan pelembut pakaian Taste of Home menyenaraikan kegunaan lain serbuk pencuci baju ini. 1. Sinki tersumbat Jika sinki di dapur atau bilik air mengalami masalah tersumbat, tuangkan sedikit serbuk pencuci ke dalam lubang sinki dan tuangkan tiga liter air mendidih. Air panas dan serbuk pencuci akan 'bekerjasama' untuk membersihkan masalah tersumbat. 2. Menghilangkan kotoran pada permaidani dan sofa Serbuk pencuci pakaian juga dapat menghilangkan kotoran pada karpet dan sofa. Caranya tuangkan serbuk pencuci ke atas kotoran dan gosok perlahan dengan kain lembap untuk menyerapkan serbuk pencuci dalam kotoran. Biarkan selama lima minit dan bersihkan sekali lagi menggunakan kain lembab yang bersih. 3. Mencuci kereta Manfaat seterusnya yang mungkin tidak diketahui adalah serbuk pencuci baju boleh digunakan untuk mencuci bahagian luar kereta dan ia juga berkesan menghilangkan kotoran. Bagaimanapun jangan gunakan terlalu banyak serbuk pencuci dan cukup sekadar dalam kuantiti sederhana dengan mencampurkannya dalam air. 4. Membersihkan oven Rak di dalam oven barangkali antara benda yang sukar dicuci kerana terdapat kerak dan kesan terbakar padanya. Tetapi dengan serbuk pencuci baju, masalah itu boleh diselesaikan dengan mudah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Masukkan rak oven dalam bekas yang besar dan isi dengan air panas. Tambahkan serbuk pencuci baju dan biarkan semalaman. Gosok kotoran menggunakan berus dan cuci seperti biasa. 5. Menghilangkan kesan darah Serbuk pencuci pakaian juga dapat membersihkan kotoran yang lebih kuat pada pakaian seperti tompokan darah. Letakkan serbuk pencuci pada bahagian kotoran dan gosok dengan kain atau berus gigi untuk melarutkan bahan itu dengan kotoran. Biarkan ia selama 30-45 minit sebelum bilas seperti biasa. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!