SETIAP orang mempunyai cara berbeza untuk menyibukkan diri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada Mac tahun lalu. Bagi pasangan suami-isteri dari Johor ini, mereka mengambil keputusan untuk mengubah suai kediaman mereka - yang juga kuarters perguruan terletak di sebuah felda di Kota Tinggi kepada rekaan farmhouse.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jadi perhatian gara-gara baju patung Barbie sebenarnya pereka beg tangan - “Tak mahu bazirkan fabrik” "Saya jatuh cinta dengan tema ini ketika menonton program seperti Dream Home Makeover dan Fixer Upper di saluran HGTV. Tema putih kelihatan malar segar untuk rekaan ini, " kata Suzaituladwini Hashim yang juga seorang guru.Suzaituladwani dan suami, Muhamad Solehin bersama dua anak perempuan mereka, Leia and Lisa. Bersama dengan suaminya yang juga seorang jurutera, Muhamad Solehin Daud, 32, mereka memulakan proses pengubahsuaian itu dengan melakar rekaan yang ada dalam fikiran.Bina sendiri perabot, fireplace jadi tumpuan dekorasi! "Kami kemudiannya mencari barang diperlukan secara dalam talian dan di kedai pertukangan berdekatan rumah kami. Kami turut membina, mengecat sendiri perabot dan barang perhiasan sesuai dengan rekaan dan konsep diinginkan," jelas wanita berusia 32 tahun ini. Bagaimanapun katanya, memandangkan mereka tinggal di kuarters milik kerajaan, terdapat beberapa batasan dalam kerja-kerja mengubah suai kediaman itu agar tidak melanggar peraturan ditetapkan.Fireplace yang dibina sendiri mencuri tumpuan ketika melangkah masuk ke kediaman pasangan ini. "Cabarannya kami perlu menyesuaikan rekaan dengan perabot sedia ada seperti kabinet televisyen yang memang sudah ada di dalam rumah, katil, meja makan dan kabinet dapur. "Memandangkan ia kuarters kerajaan, kami tidak boleh melakukan sebarang pengubahsuaian besar, jadi rekaan dilakukan adalah mengikut susun atur sedia ada dengan sedikit penambahbaikan. "Ini bagi memastikan kami tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kuarters dan pastikan semua pengubahsuaian dilakukan bersifat sementara dan memudahkan untuk dibuka sekiranya kami berpindah ke tempat lain suatu hari nanti," katanya.Ruang santai untuk dua anak mereka. Hasilnya, kediaman mereka sekeluarga kini menjadi seperti apa diharapkan dengan tema putih, kelabu, hijau dan rona kayu berserta beberapa perabot dan perhiasan baharu yang kebanyakannya dihasilkan sendiri. Ini termasuklah beberapa kelengkapan untuk dua anak mereka seperti meja belajar, kerusi dan sebuah bar kopi. "Ada di antara perabot yang diubah suai daripada barangan tambahan yang kami beli selain menggunakan semula bahan kitar semula yang masih dalam keadaan baik," jelasnya.Suzaituladwani dan suami banyak memberi fokus kepada ruang tamu kerana banyak menghabiskan masa di situ. Antara projek yang dihasilkan sendiri oleh pasangan suami-isteri ini adalah fireplace di ruang tamu yang disifatkan sebagai titik fokus kepada rekaan dihasilkan. Tempat perapian itu dihasilkan menggunakan papan gentian dan papan lapis yang hanya mengambil masa dua hari untuk siap sepenuhnya. "Fireplace itu adalah projek utama dekorasi kami. Ia memberikan suasana berbeza kepada kediaman di Malaysia.Antara ruang yang turut ditransformasi oleh pasangan ini. "Ia bukan sahaja tempat untuk menonton televisyen tetapi ruang anak-anak kami bermain dan belajar. Kami menghabiskan banyak masa di ruang ini," katanya yang turut memuatkan naik hasil kerjanya di Instagram. Perpustakaan tempat mengajar turut dapat sentuhan Suzaituladwani Tidak hanya mendekorasi rumah mereka, pasangan suami-isteri ini turut meninggalkan jejak di perpustakaan SMK Air Tawar, Kota Tinggi tempat di mana Suzaituladwani mengajar dalam mewujudkan suasana menyenangkan kepada pelajar. "Ideanya adalah untuk memberi suasana baharu kepada perpustakaan di Malaysia dan paling penting mewujudkan perasaan teruja kepada pelajar untuk membaca dan menelaah pelajaran di situ.Perpustakaan di sekolah tempat Suzaituladwani mengajar turut mengalami transformasi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Perpustakaan itu mempunyai tiga kawasan berbeza dan ideanya adalah untuk menampilkan tiga tema berbeza. Bagaimanapun proses itu masih berjalan memandangkan kesukaran menyiapkannya akibat pandemik," ujarnya. Suzaituladwani memberitahu bagi fasa pertama ia menampilkan rekaan farmhouse manakala di ruangan kedua English cottage. Ruang ketiga yang dalam proses pula bakal menampilkan sama ada rekaan scandinavian atau industrial. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!