suria

Bukan sahaja tak boleh berenggang, ada 5 petanda anda terlalu bergantung pada pasangan!

Sikap terlalu bergantung kepada pasangan boleh menyebabkan hubungan menjadi hambar.

BERGANTUNG pada pasangan itu adalah wajar kerana kita memerlukan pasangan untuk menyokong serta memberi dan menerima kasih sayang daripadanya.

Bagaimanapun bergantung pada pasangan secara berlebihan boleh menjadi masalah dan menyebabkan hubungan menjadi tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh cuba... 3 hobi ini bukan sahaja popular tetapi mampu turunkan degupan jantung dan melegakan stres!

Untuk mengetahui sama ada kita terlalu bergantung pada pasangan atau pun tidak, berikut adalah ciri-ciri dan tip untuk memperbaikinya.

Clingy

1. Selalu 'melekat' dengan pasangan

Jika anda tidak boleh melakukan apa-apa tanpa ada dia disamping, itu petanda awal anda terlalu bergantung pada pasangan meskipun untuk hal kecil.

Seperti contoh, tetap ingin pasangan menemani pergi membeli barang atau pun memintanya mengikut berjumpa dengan rakan-rakan.

Lebih parah, anda boleh membatalkan semua perkara yang dirancang semata-mata si dia tidak boleh menemani anda.

Sebenarnya sikap ini bukan sahaja memberi impak negatif pada diri sendiri tetapi kepada pasangan yang mungkin rasa terkonkong. Meskipun hidup berpasangan, mereka juga berhak untuk mempunyai pandangan dan pendapat sendiri serta masa untuk diri sendiri.

2. Kerap menghubungi pasangan

Sudahlah di rumah asyik berkepit, apabila di pejabat pun masih hendak telefon dan menghantar mesej setiap masa - itu juga petanda anda terlalu bergantung kepada si dia.

Kebiasaannya perbualan yang dibuat juga tidak penting dan sekiranya panggilan atau mesej tidak dijawab seseorang akan berasa cemas dan tak tentu arah.

shutterstock_687472984-scaled

3. Cemburu pada semua orang

Jika ada seseorang yang inginkan perhatian daripada pasangan dan kita berasa cemburu, itu juga salah satu tanda terlalu bergantung kepada pasangan.

Kita juga selalu inginkan perhatian si dia namun sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi akan timbul rasa cemburu dan panik.

Sebenarnya sikap itu tidak rasional dan boleh menyebabkan pasangan berasa bosan kerana kita seolah-olah tidak mempercayainya.

4. Ingin dihargai

Jika pasangan tidak menyedari sesuatu perubahan kita lakukan deminya, kita akan berasa kecewa malah setiap apa kita lakukan tidak dapat penghargaan darinya membuatkan hati berasa remuk.

Sebenarnya itu adalah tanda, kita tidak menghargai diri sendiri dan sikap ini harus diubah dan bukan bergantung kepada presepsi pasangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Check Telefon

5. Langgar privasi pasangan

Jika anda mempunyai tabiat menyelongkar barang peribadi pasangan seperti memeriksa telefonnya ia adalah bukti anda terlalu bergantung kepadanya.

Melanggar privasi itu sebenarnya adalah tindakan rasa kurang percaya terhadap pasangan dan ingin memuaskan hati sendiri bahawa si dia tidak berlaku curang dan kita masih dapat bergantung kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain