SELEPAS hampir dua tahun, tentu sekali rakyat Malaysia merindui suasana sebelum pandemik seperti melepak di kedai mamak, berjumpa dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti riadah. Malah tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata sudah tidak sabar menunggu keadaan kembali seperti sedia kala.ARTIKEL BERKAITAN: Bosan di rumah? Jom cuba 5 games popular App Store ini Apatah lagi dengan program vaksinasi yang berjalan lancar ketika ini termasuk mencapai sasaran sehingga lebih 500,000 suntikan setiap hari. Berita gembira ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada masyarakat untuk mencapai imuniti berkelompok lebih awal daripada dijadualkan. Apa sebenarnya aktiviti yang paling dirindui oleh rakyat Malaysia? 1. Menonton wayang Hampir dua tahun kita tidak dapat menonton filem blockbuster di pawagam. Pasti ada yang merindui untuk ke panggung wayang bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Sudah tentu 'vibe' menonton wayang sangat berbeza berbanding menonton filem di rumah kerana menonton wayang di pawagam mempunyai dimensi tersendiri. Apatah lagi sambil mengunyah bertih jagung karamel dan makanan ringan lain. 2. Taman tema Ada yang merindui bunyi desiran air, ada yang merindui gelongsor air ekstrem seperti Vuvuzela mahupun Monsoon 360 seperti di Sunway Lagoon, Lost World of Tambun dan banyak lagi. Berseronok di Surf Beach, Sunway Lagoon sambil menikmati persembahan DJ yang mengagumkan sudah tentu menjadi 'signature' buat pengunjung sambil berjemur di tepi pantai buatan manusia. Apatah lagi 90 peratus kawasan di Sunway Lagoon terdedah kepada cahaya matahari dan sinaran ultraviolet mampu membunuh kuman. Bila agaknya dapat ke taman tema, ya? 3. Berkelah Bagi pencinta alam semula jadi, pantai dan air terjun menjadi destinasi pilihan. Pantai Cenang, Pantai Cherating, Air Terjun Pelangi dan Air Terjun Kemensah menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berkelah kerana mempunyai pemandangan yang indah serta menenangkan. Kita juga dapat menghirup udara segar selain dikelilingi pokok-pokok yang menghijau. Selain menikmati pemandangan dan mandi-manda, tentu seronok dapat menikmati ayam barbeku selepas itu. 4. Café Hoping Kebiasaannya pada hujung minggu kita pasti berkunjung ke kafe untuk menikmati secawan kopi selain makanan yang enak bagi memanjakan diri. Bukan sekadar menikmati keenakan haruman kopi, tetapi inilah masanya untuk bergambar sakan untuk dimuat naik ke Instagram. Sebenarnya jika ingin menyenaraikan aktiviti menarik yang dirindui sepanjang tempoh pandemik ini memang banyak. Dengan sedikit kelonggaran yang diberikan kerajaan ketika ini, diharap pandemik akan segera berakhir dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sebelum virus itu menyerang. Paling penting, kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka agar kadar jangkitan dan penularan Covid-19 dapat dibendung. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI