suria

Instagram bakal wajibkan pengesahan tarikh lahir untuk lindungi pengguna bawah umur

Pengesahan tarikh lahir perlu dilakukan pengguna Instagram.

PENGESAHAN tarikh lahir akan dilakukan di Instagram dalam usaha melindungi privasi dan keselamatan pengguna laman sosial itu terutamanya golongan bawah umur.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Youth Products Instagram, Pavni Diwanji pada Rabu dalam usaha mengekang golongan bawah umur menjadi mangsa penipuan, gangguan seksual secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Menonton wayang, berkelah antara 4 aktiviti hujung minggu sebelum pandemik yang dirindui ramai

"Antara kelebihan perubahan itu adalah untuk mencegah golongan dewasa menghantar mesej kepada golongan berusia 18 tahun ke bawah yang tidak mengikuti akaun mereka.

"Sejak dua bulan lalu, Instagram juga mula meletakkan akaun baharu pemilik di bawah berusia 16 tahun ke bawah dalam mode private," tambahnya.

instagram

Pengesahan ini penting bagi melindungi pengguna bawah umur.

Pavni turut memberitahu mereka juga menerapkan perubahan baharu itu bagi membataskan pengiklanan untuk pengguna di bawah 18 tahun.

"Ini juga membantu Instagram untuk memaparkan iklan yang lebih relevan mengikut usia pengguna," katanya.

Engadget pula melaporkan platform media sosial popular itu sebenarnya sudah mengingatkan penggunanya mengemas kini tarikh lahir sebagai syarat pendaftaran sejak 2019 namun pengguna sedia ada masih ada yang gagal mengemas kini informasi itu.

Bagi memastikan pengguna mengemas kini tarikh lahir mereka, Instagram akan mula menghantar pemberitahuan dan sekiranya perkara itu diabaikan, mesej sama akan tetap dihantar sehingga kemas kini dibuat pengguna.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain