suria

Bermacam respons diberi ketika dipanggil, adakah kucing anda tahu namanya?

Kucing tahu namanya dan akan menyahut apabila dipanggil.

KEBIASAANNYA perkara pertama yang dilakukan selepas membuat keputusan membela seekor kucing adalah memberikannya nama.

Memberi nama kepada kucing bukan sahaja untuk membuatkan pemilik berasa dekat dengan haiwan peliharaan itu, malah nama dipilih selalunya bersesuaian dengan karakter si bulus.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing gigit anda secara tiba-tiba? Salah satu sebabnya mahu luah rasa kecewa

Tapi timbul pertanyaan, adakah kucing mengetahui nama mereka ketika dipanggil?

Pakar psikologi veterinar, Dr Atsuko Saito menjelaskan ia pertanyaan biasa diterima daripada pemilik kucing dan si bulus dikenali sebagai haiwan yang suka menyendiri.

Bagaimanapun kata Dr Atsuko, sebuah kajian yang dilakukannya di Universiti Sophia Tokyo mendapati bahawa kucing tidak hanya mengenali nama mereka tetapi juga akan memberi respons ketika dipanggil.

Kucing 2

Kucing akan memberi respon apabila dipanggil.

Dr Atsuko membuat kajian itu dengan melakukan hipotesis dengan mempelajari tentang 78 ekor kucing di Jepun.

Pasukannya melakukan empat eksperimen berbeza, masing-masing melibatkan memanggil nama kucing dan merakam respons mereka untuk melihat tanda-tanda pengenalan seperti mengibaskan ekor atau mengerakkan kepala dan telinga ketika namanya dipanggil.

Hasil daripada empat kajian berbeza itu mengesahkan bahawa kucing akan memberi respon apabila nama mereka dipanggil.

Kucing malah memberi reaksi apabila nama mereka dipanggil oleh orang asing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain