suria

Berapa suhu aircond sesuai untuk si kecil anda tidur? Bayi baru lahir disaran tetapkan suhu lebih dingin

Suhu penghawa dingin perlu sesuai dengan usia bayi.

KETIKA ini penghawa dingin adalah salah satu peralatan elektronik penting di rumah kerana cuaca yang panas.

Penghawa dingin boleh menyejukkan ruang untuk keselesaan ahli keluarga termasuk bayi. Namun, apakah suhu sesuai untuk bayi agar tidak kesejukan?

ARTIKEL BERKAITAN: Bermacam respons diberi ketika dipanggil, adakah kucing anda tahu namanya?

Perlu diketahui bahawa suhu penghawa dingin tidak boleh terlalu rendah untuk bayi dan suhu paling sesuai dalam bilik tidur adalah sekitar 23 ke 25 darjah celcius.

Penghawa dingin

Suhu yang sesuai dapat memberi keselesaan kepada bayi.

Suhu ini paling sesuai dan tidak terlalu sejuk atau panas untuk bayi. Namun bayi perlu mengenakan pakaian sesuai dan diberi selimut nipis agar dia bertambah selesa.

Sementara itu, suhu penghawa dingin paling sesuai untuk bayi yang baru lahir sebaik-baiknya sekitar 18 ke 20 darjah celcius. Akan tetapi, suhu ini hanya sesuai ketika bayi dibedung atau mengenakan pakaian yang tebal lengkap bersarung tangan dan kaki.

Tip ketika menghidupkan penghawa dingin adalah dengan memasang air purifier untuk menjaga udara agar tetap lembab, bersih dan bebas debu.

Paling penting jangan meletakkan posisi bayi terus kepada penghawa dingin meskipun telah menetapkan suhu yang sesuai kerana ia boleh membahayakannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain