suria

Tahu ke? Tabur tepung antara cara elak terkena percikan minyak panas ketika menggoreng

Minyak terpercik adalah perkara biasa yang berlaku ketika menggoreng.

MINYAK panas yang merecik ke dinding dapur dan lebih parah terkena pada kulit adalah mimpi buruk ketika menggoreng!

Sebenarnya terdapat pelbagai cara agar minyak tidak merecik ketika menggoreng ikan, ayam dan aneka juadah lain yang boleh dicuba.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar berbaloi! Ada 5 perkara perlu dipertimbangkan sebelum beli mesin basuh baharu

Ia bukan sahaja praktikal untuk mengelakkan diri tercedera tetapi dapur juga tidak berminyak selepas memasak.

Berikut adalah lima cara agar minyak tidak merecik ketika menggoreng.

Lap Kuali

1. Pastikan kuali anda kering!

Minyak merecik ketika menggoreng boleh terjadi kerana kehadiran air dalam kuali. Air akan menyebabkan minyak merecik dan meletup.

Oleh kerana itu, pastikan kuali anda benar-benar kering dan panas sebelum menuang minyak masak ke dalamnya. Bagi menjimatkan masa, lap kuali anda dengan tisu atau kain sebelum digunakan.

Tabur Tepung

2. Tabur tepung

Cara mudah agar minyak tidak meletup adalah dengan menaburkan tepung ke dalam minyak. Tepung dapat mengurangkan letupan minyak yang panas.

Ketika minyak dipanaskan tabur tepung lalu biarkan seketika sebelum memasukkan ikan atau ayam untuk digoreng.

Suhu Api

3. Pastikan suhu sesuai

Menjaga suhu kuali adalah kunci agar minyak tidak meletup ketika menggoreng. Anda boleh memperlahankan api agar minyak tidak terlalu panas sebelum memasukkan ikan atau ayam untuk digoreng.

Saiz Kuali

4. Saiz kuali

Gunakan kuali yang sesuai dengan keperluan. Jangan menggoreng menggunakan kuali terlalu kecil jika bahan yang ingin dimasak terlalu banyak atau bersaiz besar.

Kuali kecil berpotensi menyebabkan minyak terpercik.

Penutup Kuali

5. Gunakan penutup kuali

Nak selamat daripada letupan dan percikan minyak ketika menggoreng, gunakan penutup kuali sejurus memasukkan bahan ke dalam kuali.

Ini adalah cara terbaik agar dapur anda tidak bersepah dek kerana percikan minyak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain