suria

Windows 11 kini boleh dikemas kini, ketahui fungsi dan ciri terbaharunya!

Windows 11 kini boleh dikemas kini.

PERISIAN Windows 11 kini boleh dikemas kini secara percuma bagi pengguna komputer dengan Windows 10 yang layak.

Memandangkan komputer memainkan peranan semakin penting dalam kehidupan kita, Windows 11 telah direka dengan tahap keselamatan tinggi dan ciri-ciri yang menjurus kepada pengguna bagi meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp umum tidak akan sokong 52 telefon bimbit mulai 1 November

Peranti Windows 11 boleh didapati daripada semua rakan pengeluar peralatan dan menerusi peranti Surface Microsoft. Pengguna boleh mengambil salah satu langkah berikut untuk mendapatkan Windows 11:

WIN_Edge_Kids-Mode_16x9_en-US-1000x562

Wajah baharu Windows 11 yang juga mesra kanak-kanak.

1. Membeli PC baharu yang sedia dilengkapi Windows 11 dengan mengunjungi Windows.com atau peruncit tempatan anda

2. Membeli PC Windows 10 yang layak untuk menikmati kemudahan naik taraf percuma dengan mengunjungi Windows.com atau peruncit tempatan anda

3. Menggunakan aplikasi PC Health Check untuk menyemak sama ada PC Windows 10 anda yang sedia ada layak untuk kemudahan naik taraf percuma

Windows 11 mendekatkan pengguna

Windows 11 mendekatkan pengguna dengan apa yang disukai mereka dan direka untuk menyokong pengguna dalam setiap peringkat kehidupan dengan cara yang mudah, baik di tempat kerja mahupun di rumah atau sekolah.

Daripada menu Start dan Taskbar baharu kepada setiap bunyi, aksara, dan ikon yang disediakan, pengguna boleh memanfaatkan Windows 11 untuk membawakan pengalaman yang lebih moden, segar, kemas dan menarik.

Dengan menu Start di tengah, pengguna diberi akses pantas kepada kandungan dan aplikasi utama mereka dan menerusi kemudahan awan dan Microsoft 365 (dijual berasingan), mereka boleh melihat fail terbaharu mereka, tanpa mengira peranti apa yang digunakan mereka, baik peranti Android mahupun iOS.

Windows-11-Snap-Desktop-Screen-1000x562

Paparan desktop yang lebih canggih dan mempunyai pelbagai fungsi.

Chat daripada Microsoft Teams akan mencetus pengalaman baharu luar biasa yang mendekatkan pengguna dengan insan-insan penting dalam hidup mereka. Dengan hanya satu klik mudah, pengguna boleh berhubung serta-merta menerusi aplikasi sembang, panggilan suara atau video dengan mereka dalam senarai kenalan tanpa mengira platform atau peranti yang digunakan, sama ada Windows, Android, atau iOS.

Pengguna juga boleh mendapatkan akses lebih pantas kepada maklumat yang penting bagi mereka menerusi Widgets, suapan terkhusus baharu yang dipacu oleh AI.

Microsoft Store baharu juga akan mendekatkan pengguna dengan aplikasi dan hiburan kegemaran mereka dengan menempatkan semuanya di satu tempat. Aplikasi ini akan memudahkan anda mencari dan menemui kandungan baharu dengan cerita dan koleksi terpilih.

Memperkasakan produktiviti dan kreativiti

Windows 11 memperkenalkan pengalaman baharu yang hebat, sama ada untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan projek sekolah, bekerjasama menyediakan pembentangan kerja, membina aplikasi baharu atau mencipta idea hebat yang bakal menggegar dunia.

Ciri-ciri Windows 11 seperti Snap Layouts dan Groups menyediakan cara yang lebih berkesan untuk melakukan berbilang tugas dan mengoptimumkan ruang skrin yang tampak kemas dari segi visual. Desktops membolehkan pengguna mencipta Desktop tersendiri yang memaparkan set aplikasi berbeza untuk memastikan ruang kerja tertumpu dan teratur.

Windows-11-Start-1000x563

Pengguna Windows 10 yang layak boleh mengemas kini versi terbaharu ini dengan percuma.

Kemudahan mengakses peranti telah dipertimbangkan sejak dari mula lagi dalam pembangunan Windows 11, dan ia menawarkan teknologi bantuan yang sebanding termasuk Narrator (Penutur Kata), Magnifier (Pembesar), Closed Captions (Sari Kata) dan Windows Speech Recognition (Pengecaman Pertuturan Windows) untuk membantu orang kelainan upaya dengan kekurangan upaya yang berbeza.

Microsoft juga telah menambah baik pengalaman menaip Windows 11, menerusi sentuhan dan suara. Pengguna akan melihat lebih banyak ruang antara ikon pada Taskbar, menambah sasaran sentuhan yang lebih besar dan isyarat visual halus untuk memudahkan tetingkap diubah saiz dan digerakkan, di samping menambah gerak isyarat sentuhan.

Windows 11 juga dilengkapi dengan ciri haptic untuk memudahkan lagi pengguna – membolehkan mereka ‘mendengar’ dan ‘merasa’ getaran sambil mereka klik dan edit atau membuat lakaran.

Bagi pencipta perisian, sistem operasi ini juga akan menyediakan platform lebih terbuka untuk mereka menggunakan peralatan, rangka kerja dan bahasa mengikut kesukaan mereka supaya mereka boleh memanfaatkan dan seronok mencipta aplikasi yang luar biasa.

Perisian ini juga akan menerima pakai semua aplikasi dan Microsoft akan terus bekerjasama dengan pencipta perisian untuk memastikan mereka selesa di Windows.

Windows-11-Xbox-Game-Pass-Screen-1000x562

Windows 11 juga dibina untuk permainan.

Windows 11 dibina untuk permainan

Windows 11 dibina untuk permainan komputer, dengan ciri-ciri inovatif baharu yang boleh membawakan pengalaman permainan PC pengguna ke tahap lebih tinggi.

Jika PC mempunyai skrin berkeupayaan HDR, Auto HDR akan menaik taraf secara automatik lebih 1,000 permainan DirectX 11 dan DirectX 12 kepada julat dinamik tinggi, menghasilkan pilihan warna dan kecerahan yang lebih tinggi. Sesungguhnya Microsoft menyedari pilihan pemain penting, justeru Windows 11 menyediakan kemudahan membuka atau menutup Auto HDR pada setiap permainan.

Windows 11 turut memberikan sokongan bagi DirectStorage, satu ciri yang diperkenalkan buat pertama kali dalam konsol Xbox Series X dan Xbox Series S.

Apabila digandingkan dengan pemacu keadaan pepejal NVMe dan DirectX 12 GPU, permainan yang menggunakan DirectStorage boleh memanfaatkan masa memuatkan perisian yang lebih pantas dan membawakan dunia permainan yang lebih terperinci dan meluas.

Pekerjaan dan pembelajaran hibrid masa depan

Microsoft juga telah membayangkan Windows 11 sebagai sistem operasi untuk dunia pekerjaan dan pembelajaran masa depan. Perisian ini dibina berlandaskan ciri-ciri asas Windows 10 yang konsisten, serasi dan sudah dikenali yang mudah diuruskan oleh bahagian IT.

Windows 11 direka cipta untuk perlindungan dari cip ke awan untuk memenuhi cabaran yang dihadapi pengguna dalam persekitaran kerja baharu ini dan juga tempoh selanjutnya. Organisasi-organisasi boleh mula beralih ke Windows 11 pada PC dengan Windows 365 atau Azure Virtual Desktop.

Windows 11 disediakan dengan pilihan paling luas dalam sebarang bentuk peranti, peralatan dan silikon, menerusi rakan pengeluar peralatan dan juga pada peranti Surface, Windows 11.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain