suria

Kenapa agaknya si bulus suka bersembunyi di bawah selimut? Ini 5 penyebabnya!

Kucing memang gemar bersembunyi di bawah selimut.

KUCING adalah haiwan yang penuh dengan rasa ingin tahu.

Salah satu perilaku kucing yang kerap dilakukan adalah bersembunyi di bawah selimut. Mengapa kucing suka bersembunyi di bawah selimut?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan hairan kenapa tikus berkeliaran dalam rumah! Puncanya mungkin dari bekas makanan haiwan peliharaan anda

Berikut adalah beberapa alasan yang perlu anda ketahui.

cat-under-blanket-1

1. Kerana anda melakukannya!

Kucing sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh tuannya. Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang suka menandakan wilayahnya.

Ketika melihat tuannya bersenang-lenang dan selesa berada di bawah selimut, ia juga menginginkannya.

2. Ingin dimanja

Saat anda baring dan menyelimuti badan, ini adalah waktu paling tepat untuk kucing bermanja dan menyelitkan dirinya bersama tuannya.

Kucing juga ingin berasa santai dan dimanja oleh pemiliknya.

cat-under-blanket-cat-under-blanket-one-cat-home-119958528

3. Tempat persembunyian

Di bawah selimut ia cukup hangat, gelap dan merupakan tempat paling baik untuk kucing mendapatkan waktunya sendiri. Jika rumah anda mempunyai tetamu dan membuatkan ia tidak selesa, ia akan bersembunyi di bawah selimut.

4. Panik

Selain bermanja dan tempat persembunyian, tindakan kucing bersembunyi di bawah selimut juga tanda ia berasa cemas dan panik.

Kucing sangat sensitif terhadap keadaan sekelilingnya - termasuklah memindahkan mangkuk airnya atau ada pertambahan ahli keluarga atau kehilangan orang yang ia sayangi.

Selimut yang berat dan besar dapat memberikan rasa tenang kepada kucing yang sedang mengalami tekanan.

kate-stone-matheson-uy5t-CJuIK4-unsplash

5. Kucing anda mungkin sedang sakit!

Bersembunyi sama ada di bawah selimut atau tempat yang sukar dicapai seperti bawah kerusi atau di belakang almari boleh menjadi petanda kucing anda sedang sakit.

Seperti manusia yang sakit, kucing akan mencari tempat yang tenang untuk berehat dan menyembuhkan dirinya.

Jika ia terus menerus bersembunyi di bawah selimut selain memiliki gejala lesu, cirit-birit, enggan makan - segeralah membawanya berjumpa doktor haiwan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain