KUCING British Shorthair adalah salah satu baka kucing yang terkenal di dunia dan menjadi rebutan pencinta kucing. Umumnya kucing jenis ini memiliki bulu berwarna kelabu dan berwajah comel yang berasal dari Eropah dan tersenarai sebagai 10 jenis kucing paling digemari ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba kucing anda terlebih manja, apakah ia petanda si bulus sedang berahi? Jika anda berniat untuk membela kucing jenis ini, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai British Shorthair termasuklah; 1. Memiliki varian bulu panjang (long hair) British Shorthair juga ada baka yang berbulu panjang dan ia adalah kacukan kucing British Shorthair dan kucing parsi. 2. Mirip kucing Scottish Fold Warna unik kucing jenis ini adalah kelabu dan terdapat salah satu jenis baka lain yang turut mempunyai bulu yang sama iaitu Scottish Fold. Apa membezakan kedua-dua jenis kucing ini adalah terletak pada bahagian telinganya. Telinga kucing Scottish Fold berlipat manakala British Shorthair lebih capang. 3. Jangka hayat lebih panjang British Shorthair adalah jenis kucing yang memiliki jangka hayat lebih panjang iaitu 14 ke 20 tahun atau lebih. Tetapi perkara ini juga ditentukan oleh gaya hidup dan faktor penjagaan. 4. Karakter tenang Kucing jenis ini sangat aktif ketika kecil namun apabila membesar ia mula bertukar sikap dan menjadi lebih tenang dan tidak gemar bersosial. Atas sebab itu, pemilik perlu sering mengajaknya bermain agar ia tetap aktif dan sihat. 5. Mudah alami obesiti Memandangkan sikapnya yang tidak aktif, berat badan British Shorthair lebih mudah meningkat apatah lagi pemakanannya tidak dijaga dengan baik. 6. Kucing paling ideal sebagai teman Selain sikapnya yang tenang, British Shorthair sememangnya baka yang sesuai dijadikan haiwan peliharaan dan peneman di rumah. Ia penyayang dan patuh pada arahan diberikan kepadanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI