DIANGGAP barangan kampung suatu ketika dahulu, kini siapa sangka hasil kait ini sudah mula mendapat perhatian masyarakat. Bercakap kepada mStar, salah seorang pengusaha barangan kait, Che Puteh Ismail, 49 berkata, sambutan yang diterimanya cukup menggalakkan. "Alhamdullilah, sambutan memang sangat menggalakkan. "Malah Permaisuri Agong kita pun suka dengan barangan kait ni," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Suami utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua” - Isteri kongsi ragam 4 ‘anak bulus tentera’, nama je macho tapi masing-masing manja teruk! ARTIKEL BERKAITAN: “Pesakit umur 12 tahun nak terberanak” - Menyedihkan! Doktor akui ‘tetap terkejut’ walau dah banyak kali ‘handle’ kes rogol statuari Selain beg dengan pelbagai design dan corak, dia turut menghasilkan barangan lain termasuk tempat simpan botol air, handphone dan terbaru mask adapter. Beg pelbagai design dan corak yang dihasilkan Che Puteh. Menceritakan mengenai penglibatannya dalam bidang ini, Pengasas Puteh Crocket Style ini berkata, dia mula aktif menghasilkan produk hasil kait ini sejak tujuh tahun lepas. Puteh yang menguruskan perniagaannya sendirian berkata, dia menyimpan hasrat untuk memartabatkan seni dan juga barangan kait ini.Selain menjual barangan hasil tangannya, Puteh turut aktif melatih golongan suri rumah khususnya yang ingin menjana pendapatan melalui hasil penjualan barangan kait. Puteh turut menghasilkan barangan lain seperti tempat letak botal air, handphone dan mask adapter. “Akak mula membuat beg-beg ni dah lama dalam tujuh tahun, semua akak buat sendiri tapi akak fokus kepada beg telekung jadi orang boleh hadiah pada ibu-ibu. “Sekarang akak buka kelas online untuk ajar orang kait beg supaya mereka boleh cari pendapatan dengan jual beg-beg ini, Alhamdulillah dah beratus-ratus individu yang sertai kelas dan boleh jana pendapatan mereka sendiri, terutama sekali dalam kalangan suri rumah. “Matlamat akak adalah untuk martabatkan barangan kait yang suatu ketika dahulu dianggap barang kampung dan bantu suri rumah cari income dengan usaha dan kesungguhan mereka sendiri,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur. Puteh belajar mengait sejak kecil. Berkongsi kisah bagaimana dia mula mempelajari seni tersebut, Puteh berkata, dia mula belajar mengait sejak kecil lagi.Katanya, tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan barangan ini berbeza-beza iaitu sekitar satu hari ke seminggu. "Saya memang boleh mengait sejak umur saya sembilan tahun. Dulu saya selalu tengok kakak mengait, kemudian saya akan curi-curi kait yang kakak punya. Sambutan yang diterima kini amat menggalakkan. "Tapi lepas tu lama saya berhenti, bila dah masuk umur 40 tahun baru nak berjinak-jinak semula sehingga sekarang," katanya.Dengan asas yang ada pada dirinya, Puteh kemudian menuntut ilmu tambahan dengan melihat video-video di laman Youtube. Selain dirinya, dua orang anaknya turut mempunyai bakat mengait. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI