suria

Gigit ketika dibelai, menyorok antara 5 tanda si bulus sedang marah

Kucing turut menunjukkan emosinya apabila ia sedang marah.

MESKIPUN manja dan comel, kucing juga boleh meluahkan perasaan marah terhadap pemiliknya.

Tapi bagaimana hendak tahu si bulus sedang marah? Kebiasaannya, kucing akan menggunakan bahasa tubuh dan suaranya bagi menzahirkan rasa marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bela baka British Shorthair? Ketahui 6 fakta mengenainya!

Bahasa tubuh tersebut termasuklah;

Menjauhkan diri

1. Menjauhkan diri

Sukar untuk mengetahui apakah si bulus menjauhkan diri disebabkan ia marah atau merajuk tetapi sekiranya kucing anda yang periang dan manja tiba-tiba berubah sikap untuk tempoh yang lama ia boleh menjadi petanda ia sedang marah.

image

2. Bersembunyi

Bersembunyi di bawah sofa dan enggan keluar adalah salah satu petanda kucing merajuk atau marah dengan pemiliknya.

Sekiranya itu berlaku, jangan paksa atau menyeretnya keluar daripada tempat persembunyian kerana ia boleh menyebabkan kucing kesayangan anda bertambah marah dan bertukar menjadi agresif.

Gigit

3. Menggigit ketika dibelai

Pasti ada di antara anda yang pernah digigit oleh kucing ketika sedang asyik membelainya, bukan? Gigitan itu adalah cara ia memberitahu agar tinggalkannya sendirian dan ia masih berasa marah dengan anda.

Ekor

4. Ekor dalam posisi rendah

Salah satu tanda kucing sedang marah adalah ketika ekornya dalam posisi rendah, dikibaskan dengan cepat dalam semua arah.

Perilaku itu bukan sahaja menunjukkan kucing sedang marah tetapi mungkin juga ia sedang tertekan atau berada dalam keadaan kemurungan.

Makanan

5. Menolak makanan kegemarannya

Ketika kucing marah, ia mungkin makan lebih sedikit atau menolak makanan kegemarannya tanpa sebarang alasan.

Bagaimanapun, jika keadaan itu berlarutan, disarankan untuk membawa si bulus berjumpa doktor haiwan kerana ia boleh jadi petanda kucing anda sedang sakit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain